BTC USD 62,775.4 Gold USD 4,336.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zakat ekspres RM3,000 seorang

eapui

Active+ Member
Messages
4,827
Joined
Dec 28, 2007
Messages
4,827
Reaction score
7
Points
25
KUALA LUMPUR - Mereka yang diberhentikan kerja akibat krisis ekonomi dan kehabisan wang simpanan kini boleh mendapatkan bantuan Kaunter Ekspres Agihan Zakat Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan nilai maksimum RM3,000.

Agihan itu akan dikeluarkan kepada orang Islam yang layak menerima zakat dalam tempoh dua jam selepas permohonan dikemukakan.

Langkah itu diperkenalkan bukan sahaja untuk meringankan beban orang Islam yang kehilangan pendapatan tetapi juga mencegah mereka daripada menjerat leher sendiri dengan meminjam daripada ah long.

Ketua Jabatan Pembangunan Korporat LZS, Akhtar Sahari berkata, para pemohon yang benar-benar layak akan terus diberikan wang bantuan.

"Kita membantu golongan yang benar-benar kesempitan wang untuk menyediakan keperluan asas seperti makanan, persekolahan, perubatan dan sewa rumah," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas laporan Kosmo! semalam mengenai pandangan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut yang mengatakan orang Islam yang kehilangan pekerjaan akibat krisis ekonomi boleh dikategorikan sebagai asnaf dan layak menerima bantuan zakat.

"Setiap hari, LZS menyediakan peruntukan bantuan sebanyak RM50,000 tetapi ia tidak pernah habis kerana kita hanya menerima purata 10 hingga 15 permohonan sehari, itu pun bukan semua lulus," kata Akhtar.

Beliau memberitahu, selain memenuhi beberapa syarat kelayakan memohon, para pegawai LZS juga akan memeriksa ketulenan dokumen pemohon.

sumber :http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0303&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm
 
luar dari selangor boleh mintak jugak ke? :-?
 
kalau sape berkenaan 2 boleh la mintak..
 
kalo berhenti kerja dgn sendiri tanpa kena buang layak tak amik nih? aku baru jer resign drp company aku ujung bulan 4 ni last...kerana nak focus kat car biz aku? hmmm...buleh ker? layak ker? takpa aku kasik try dulu
 
Back
Top
Log in Register