BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zahid jamin kerajaan Johor kekal selari dengan persekutuan jika BN diberi mandat

afwan83

Active+ Member
Messages
3,226
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,226
Reaction score
12
Points
25

Zahid jamin kerajaan Johor kekal selari dengan persekutuan jika BN diberi mandat​

66b2ce80-ahmad-zahid-hamidi-bernamapic-030526.jpg

Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata, pentadbiran BN pada peringkat negeri tak pernah berniat sanggah pentadbiran pusat dalam mana-mana kempen pilihan raya. (Gambar Bernama)

Zahid yang juga presiden Umno berkata, kepimpinan yang baik berakar umbi daripada kestabilan politik yang kukuh, terutamanya apabila kemenangan dicapai dengan jumlah kerusi dan majoriti yang lebih tinggi.

Pentadbiran BN pada peringkat negeri tidak pernah berniat menyanggah pentadbiran peringkat pusat dalam mana-mana kempen pilihan raya, tambahnya.

“Saya memberikan jaminan bahawa jika mandat diberikan semula, kerajaan di Johor yang dipimpin oleh sahabat kita akan terus bersama-sama dengan kerajaan pusat demi kepentingan bangsa Johor keseluruhan,” katanya pada Majlis Perjumpaan Kakitangan Kemas Negeri Johor di MRSM Pontian.

Timbalan perdana menteri itu turut menyatakan komitmennya untuk memastikan kebersamaan sepenuhnya antara pentadbiran negeri dengan Putrajaya demi mengukuhkan kerajaan perpaduan sedia ada.

“Saya ingin sebutkan bahawa kerajaan Johor yang akan dibentuk, apatah lagi jika mandat lebih besar diberikan, saya dan kita (BN) akan pastikan bahawa kerajaan Johor ini adalah kerajaan yang akan terus selari dengan kerajaan pusat di Putrajaya,” katanya.

Justeru, Zahid mengingatkan semua pihak agar tidak memanipulasi sentimen politik dengan mendakwa pengundi kononnya perlu memilih wakil daripada kelompok tertentu sahaja bagi menjamin keselarasan dengan kerajaan pusat.

“Dan jangan main-mainkan isu, hanya pilih mereka yang kononnya datang daripada gabungan atau parti yang sama. Kita pun dalam gabungan yang sama,” katanya.

Beliau menyeru para pengundi dan calon yang bertanding sepanjang tempoh kempen 14 hari ini agar melaksanakan proses demokrasi dengan matang bagi memilih wakil rakyat yang mampu memperkukuh kestabilan serta memajukan Johor.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada polis serta jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dalam memastikan kelancaran serta keselamatan proses pilihan raya.
 
Back
Top
Log in Register