BTC USD 84,484.3 Gold USD 4,274.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zahid cadang Indeks Mobiliti Pendidikan Melayu

afwan83

Active+ Member
Messages
3,296
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,296
Reaction score
12
Points
25

Zahid cadang Indeks Mobiliti Pendidikan Melayu​

a3c1235d-1989-4c9e-9b14-9cf88a8b9d2d-Timbalan-Perdana-Menteri-Ahmad-Zahid-Hamidi-Forum-Reality...jpg

Zahid Hamidi berkata Sekretariat Pendidikan dan Penyelidikan Umno bersama institusi akademik perlu membangunkan kerangka awal indeks berkenaan sebelum diteliti dan dibawa ke peringkat dasar.

Zahid berkata indeks itu perlu menjejaki perjalanan seseorang secara menyeluruh, bermula daripada latar sosioekonomi, pencapaian pembelajaran dan laluan pengajian hingga kepada pekerjaan, kesepadanan kemahiran dan perkembangan pendapatan.

Menurutnya, pendidikan tidak seharusnya dinilai hanya berdasarkan tempoh seseorang berada dalam sistem atau kelayakan yang diperoleh, sebaliknya perlu mengambil kira ilmu dan kemahiran yang dikuasai serta kesannya terhadap mobiliti sosial.

“Dalam teori modal insan, pendidikan ialah pelaburan. Tetapi pelaburan itu hanya benar-benar menjadi modal apabila ia menghasilkan keupayaan dan mobiliti yang nyata.

“Sebab itu ukuran kita mesti bergerak daripada schooling kepada learning, dan daripada learning kepada mobiliti – bukan hanya berapa lama seseorang berada dalam sistem, tetapi apa yang dikuasainya, ke mana ilmu itu membawanya dan sejauh mana pendidikan meningkatkan mobiliti sosialnya,” katanya.

Zahid yang juga presiden Umno berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Pendidikan Melayu bertajuk AUKU dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Negara di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Beliau berkata Sekretariat Pendidikan dan Penyelidikan Umno bersama institusi akademik perlu membangunkan kerangka awal indeks berkenaan sebelum diteliti dan dibawa ke peringkat dasar.

Menurutnya, tugas itu akan dilaksanakan Pengerusi Konvensyen Pendidikan Melayu 2026 Zambry Abd Kadir bersama timbalannya, Idris Jusoh.

Zahid berkata agenda pendidikan Melayu selepas ini perlu lebih berasaskan data, hasil dan bukti, bukan sekadar diukur melalui jumlah program, peruntukan atau peserta.

Katanya, selama beberapa dekad tumpuan utama pendidikan Melayu adalah memperluas akses menerusi pembinaan sekolah serta penubuhan dan pengembangan institusi seperti MARA, MRSM dan UiTM, selain penyediaan biasiswa serta peluang ke pendidikan tinggi.

Namun, katanya, cabaran kini bukan lagi sekadar memastikan orang Melayu mendapat tempat dalam sistem pendidikan, tetapi memastikan mereka keluar dengan ilmu dan kemahiran yang bernilai serta berupaya meningkatkan kedudukan diri dan keluarga.

Beliau berkata pendidikan juga perlu diterjemahkan kepada nilai ekonomi, terutama apabila 35.2% pekerja berpendidikan tertiari pada suku kedua tahun ini masih bekerja dalam pekerjaan yang tidak sepadan dengan tahap kemahiran mereka.

Zahid berkata walaupun Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) menyasarkan kadar graduan yang bekerja setara dengan kelayakan meningkat daripada 69.4% kepada 70.1% menjelang 2030, institusi yang mempunyai mandat besar terhadap Bumiputera perlu meletakkan sasaran lebih tinggi.

Beliau mahu institusi berkenaan menyasarkan sekurang-kurangnya 80% graduan memperoleh pekerjaan yang sepadan dengan kelayakan mereka.

Terdahulu, konvensyen itu meluluskan tujuh resolusi untuk dibawa ke Kabinet, termasuk cadangan membangunkan pangkalan data dan indeks mobiliti pendidikan nasional, melaksanakan intervensi awal pendidikan secara bersasar serta memanfaatkan alumni UiTM untuk kembali menyumbang.
 
Back
Top
Log in Register