BTC USD 76,950.0 Gold USD 4,346.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

YVATM Buka Pusat Dialisis Kelima

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,789
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,789
Reaction score
289
Points
146
c24f29c97f4aaa609f9e1e1e6b31678768ba88a0937ce

9239652560d33734f641f90f0e453e5368ba8887765fb

Kredit: YVATM

Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (YVATM) membuka sebuah lagi pusat dialisis bagi membantu menyediakan rawatan berkualiti kepada veteran dan masyarakat setempat.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mej Jen Datuk Semaon Marjuki berkata pusat dialisis di Bidor merupakan cawangan kelima yang dikendalikan DVET Holding Sdn Bhd iaitu anak syarikat milik penuh YVATM.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi YVATM berkata pihaknya berhasrat membuka lebih banyak pusat dialisis di negeri lain agar semakin ramai pesakit, khususnya veteran ATM dapat menerima rawatan.

“Sehingga kini, DVET menguruskan empat pusat dialisis di Selangor iaitu di Seri Kembangan, Batu Caves, Bukit Sentosa dan Batang Kali sebelum di Perak.

“Dengan pembukaan cawangan di Bidor, kami merancang memperluas perkhidmatan melalui empat lagi pusat dialisis akan dibuka tahun ini iaitu di Batu Kurau (Perak), Mersing (Johor), Muadzam Shah (Pahang) dan Jempol (Negeri Sembilan),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semaon berkata pusat dialisis itu menawarkan rawatan menggunakan peralatan moden mengikut piawaian Kementerian Kesihatan (KKM) dengan khidmat jururawat berpengalaman dan menawarkan kos rawatan lebih berpatutan.

Beliau berkata ramai petugas mempunyai pengalaman luas dalam bidang nefrologi menjadikan rawatan di pusat dialisis itu selamat, selain memberi keyakinan kepada pesakit serta keluarga mereka.

“Selain itu, kos rawatan ditawarkan lebih berpatutan berbanding banyak fasiliti lain. Malah setiap pusat dialisis YVATM berfungsi sebagai institusi sosial demi kesejahteraan, bukan sekadar perkhidmatan kesihatan komersial,” katanya.

Menurut Semaon, keunikan kemudahan pusat dialisis itu adalah pendekatan inklusif YVATM membuka perkhidmatan kepada semua lapisan masyarakat dan bukan hanya veteran ATM.

 
Back
Top
Log in Register