BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Young & Dangerous versi Malaysia : Geng bertopeng serang pusat hiburan di Cheras

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,700
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,700
Reaction score
97
Points
80

Sekumpulan Individu Bertopeng Ceroboh Pusat Hiburan Di Cheras​

dd0fe1f8db3fcc1c5b0608bd173d9bf969d289836c60c

Datuk Fadil Marsus

Sekumpulan individu bertopeng bertindak menceroboh masuk sebuah pusat hiburan di Cheras di sini dan memecahkan barangan di dalam premis tersebut kira-kira 1.30 tengah hari tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus dalam kenyataan berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 7.30 malam.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati sebuah lori merempuh pintu pagar premis tersebut sebelum sekumpulan suspek menceroboh masuk dan melakukan khianat dengan memecahkan barangan di pusat hiburan berkenaan.

"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 427 dan 148 Kanun Keseksaan, dan polis sedang mengesan suspek yang terlibat," katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 71 saat memaparkan sekumpulan individu bertopeng memecah masuk sebuah pusat hiburan.

 
Dah macam dalam filem. Rempuh dengan lori, kemudian masuk ramai-ramai.





Polis buru sekumpulan individu bertopeng serang pusat hiburan di Cheras



KUALA LUMPUR: Polis memburu sekumpulan lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian khianat dan rusuhan di sebuah pusat hiburan di Cheras, di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu pada jam 7.30 malam.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira 1.30 tengah hari apabila sekumpulan lelaki terbabit bertindak merempuh pintu pagar premis menggunakan sebuah lori.

“Mereka kemudian menceroboh masuk ke dalam pusat hiburan berkenaan.

“Suspek turut melakukan perbuatan khianat dengan memecahkan barangan di dalam premis itu.

“Susulan itu, kita kini giat mengesan semua individu yang terlibat bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 148 kanun yang sama kerana merusuh menggunakan senjata.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.

Artikel : Buletin Tv3
 

Polis Tahan 12 Lelaki Kes Ceroboh, Khianat Pusat Hiburan Di Cheras​

e18f465c7000b03e2b03a8be0e10611c68b7e756cac34


Polis menahan 12 lelaki bagi membantu siasatan kes khianat dan rusuhan di sebuah pusat hiburan di Taman Shamelin, Cheras, Ahad lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata dalam tangkapan itu, pihaknya turut merampas beberapa kenderaan dipercayai digunakan dalam insiden berkenaan, termasuk sebuah lori yang digunakan suspek untuk merempuh pintu pagar premis terlibat.

“Setakat ini, seramai 12 suspek lelaki telah ditangkap dan permohonan reman telah dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis kini giat menjalankan siasatan bagi melengkapkan kertas siasatan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat serta Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Satu sidang media khas berhubung perkembangan terbaru kes itu dijadualkan berlangsung pada 11 pagi esok di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Terdahulu, media melaporkan sekumpulan individu bertopeng menceroboh masuk ke premis berkenaan kira-kira jam 1.30 tengah hari pada 5 April lepas sebelum merosakkan pelbagai barangan di dalam pusat hiburan itu.

Kejadian itu turut dirakam menerusi video berdurasi 71 saat yang tular, memaparkan sebuah lori mengundur sebelum merempuh pagar premis diikuti sekumpulan lelaki bertopeng yang memegang objek tidak dikenal pasti memasuki premis melalui pintu pagar yang dirosakkan.

 

Rusuhan Di Pusat Hiburan: 45 Individu Ditahan Setakat Ini - Ketua Polis KL​

4ef06ac3136475021b8c9c81d0c63be369d6258671774

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Fadil Marsus, bercakap mengenai kes samun bersenjata dan penyamaran sebagai penjawat awam serta kes rusuhan dan khianat di sebuah pusat hiburan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

--fotoBERNAMA(2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sebanyak 45 individu termasuk dua pelajar sekolah ditahan setakat ini bagi membantu siasatan kes khianat dan rusuhan di sebuah pusat hiburan di Cheras, Ahad lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara pesaing perniagaan serta dendam, dengan kumpulan berkenaan disyaki direkrut oleh sebuah kongsi gelap.

“Lebih 60 orang terlibat dan setakat ini kita telah menangkap 45 orang berumur antara 14 hingga 50 tahun. Kita percaya masih ada lagi dalang, orang tengah dan pihak atasan yang masih bebas,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, kumpulan terbabit bertindak memecah masuk premis menggunakan lori dengan melanggar pagar sebelum merosakkan bahagian hadapan dan lobi premis menggunakan senjata seperti kayu besbol.

Fadil berkata polis turut merampas sebuah lori dan empat kenderaan lain yang digunakan dalam kejadian berkenaan.

Beliau berkata polis menerima laporan mengenai kes pencerobohan dan khianat di premis berkenaan kira-kira 7.30 malam hari kejadian sebelum menahan lapan individu berumur antara 16 hingga 27 tahun pada Isnin dan semalam.

“Seorang suspek direman selama dua hari hingga hari ini manakala yang lain direman sehari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 427 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya.

Fadil berkata susulan tangkapan awal itu, polis telah menahan 37 lagi individu berumur antara 14 hingga 50 tahun di sekitar ibu negara hari ini dan pihaknya akan membuat permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Kebanyakan suspek adalah warga tempatan dan penglibatan pelajar sekolah dalam kejadian itu membimbangkan pihak polis. Selain itu, premis terbabit beroperasi secara sah dengan lesen lengkap, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

 
388929-388929.jpg


34 dituduh lakukan khianat dan merusuh di pusat hiburan


Kuala Lumpur: Seramai 34 individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan terbabit dalam kejadian khianat dan rusuhan di sebuah pusat hiburan di Cheras, di sini, Ahad lalu.

Semua tertuduh yang berusia antara 19 hingga 57 tahun mengaku bersalah di hadapan Majistret Faezahnoor Hassan.


Mengikut pertuduhan, mereka didakwa pada 5 April lalu, kira-kira jam 7.30 malam di sebuah pusat hiburan di Cheras hadir dan menyertai rusuhan serta memiliki pelbagai objek yang boleh digunakan untuk menyerang.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Peguam bela dalam rayuannya memohon hukuman ringan dengan mengambil kira semua tertuduh memberi kerjasama, tidak mempunyai rekod kesalahan lampau, menyesal serta sudah direman.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM3,000 terhadap 32 tertuduh dan jika gagal bayar boleh dipenjara empat bulan.

Dua lagi tertuduh berusia 19 tahun didenda RM2,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar.

Sementara itu, tiga daripada semua tertuduh didapati positif dadah dan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagaimanapun, ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah.

Mereka dibenarkan bebas dengan jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes bagi laporan patologi ditetapkan pada 22 Jun 2026.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, motif persaingan perniagaan dan dendam peribadi dikenal pasti sebagai punca serangan besar-besaran terhadap sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras, Ahad lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihak yang bertanggungjawab dipercayai mengupah kumpulan gengster bagi melaksanakan serangan itu.

Katanya, setakat ini polis menahan 45 lelaki tempatan berusia antara 14 hingga 57 tahun di dalam dan luar Lembah Klang.

"Dua daripada yang ditahan adalah pelajar sekolah menengah di mana mereka ini direkrut kumpulan gengster itu," katanya.


Sumber : Harian Metro
 
391605-391605.jpg


Mahkamah Tinggi arah 33 perusuh pusat hiburan dipenjara 10 bulan

Kuala Lumpur : Mahkamah Tinggi, hari ini mengarahkan 33 lelaki yang terbabit dalam rusuhan di sebuah pusat hiburan di Cheras pada 5 April lalu, menjalani hukuman penjara selama 10 bulan, sekali gus membatalkan hukuman denda sebelum ini yang diputuskan Mahkamah Majistret.


Hakim memerintahkan supaya semua tertuduh mula menjalani hukuman penjara mereka bermula hari ini.

Hakim turut mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang tertuduh, A Ganesan yang gagal hadir ke mahkamah.

Suasana dalam mahkamah menjadi sunyi seketika ketika keputusan dibacakan hakim, dengan tertuduh kelihatan terkejut dengan keputusan berkenaan.

Pada 10 April lalu, Mahkamah Majistret mendenda 34 lelaki selepas kesemua mereka mengaku bersalah menyertai rusuhan di sebuah pusat hiburan di Cheras pada 5 April, yang turut membabitkan senjata api dan bahan letupan.

Majistret Faezahnoor Hassan menjatuhkan hukuman denda RM3,000 kepada 32 tertuduh berusia antara 21 dan 57 tahun dan memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara empat bulan jika gagal membayar denda.

Dua lagi, masing-masing berusia 19 tahun, dijatuhkan hukuman denda RM2,000 atau penjara tiga bulan.

Dawn Chan
Kredit➡️ Harian Metro
 

Rusuhan Di Pusat Hiburan: Mahkamah Tambah Hukuman, 33 Lelaki Dipenjara 10 Bulan​

61d91eae37341eb866c64cd2c265e73569e71bb165bfa


Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman tambahan 10 bulan penjara terhadap 33 lelaki yang sebelum ini hanya didenda atas pertuduhan menyertai rusuhan di sebuah pusat hiburan di Cheras awal bulan ini, yang turut membabitkan penggunaan senjata api dan bahan letupan.

Hakim Datuk Aslam Zainuddin memerintahkan kesemua 31 tertuduh berusia antara 21 hingga 57 tahun serta dua lagi tertuduh berusia 19 tahun menjalani hukuman tambahan itu bermula hari ini.

Mahkamah turut mengeluarkan waran tangkap terhadap A. Ganesan kerana gagal hadir pada prosiding hari ini.

Terdahulu, Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Datuk Mohd Nordin Ismail memohon agar hukuman lebih berat dikenakan terhadap kesemua responden kerana denda yang dikenakan sebelum ini tidak mencerminkan keseriusan perbuatan mereka.

“Mereka menggunakan lori dan senjata ketika rusuhan. Saya percaya seluruh Malaysia menyaksikan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial. Insiden sebegini tidak sepatutnya berlaku di negara ini.

“Berhubung responden bawah umur, saya percaya hukuman yang sama boleh dijatuhkan kerana dia matang untuk menilai baik dan buruk. Sehubungan itu, saya memohon mahkamah menggunakan kuasa dan budi bicara di bawah Seksyen 323 Kanun Tatacara Jenayah untuk menyemak semula hukuman yang lebih wajar,” katanya.

Sementara itu, peguam Damien Chan berhujah bahawa dalam insiden tersebut kesemua responden tidak mencederakan sesiapa, sebaliknya hanya menyebabkan kerosakan harta benda.

“Mereka juga mengaku bersalah di Mahkamah Majistret dan bersedia untuk membayar ganti rugi atas kerosakan tersebut,” katanya.

Pada 10 April lepas, Majistret Faezahnoor Hassan menjatuhkan hukuman denda RM3,000 kepada 32 tertuduh itu dan memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda.

 
Back
Top
Log in Register