hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,488
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,488
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Kelakuan sumbang dua lelaki dalam tren cetus kemarahan ramai
Nurul Hidayah Bahaudin
Kuala Lumpur: Kelakuan sumbang dua lelaki bercium di dalam tren yang tular di media sosial, baru-baru ini, mencetuskan kemarahan orang ramai.
Dalam rakaman video itu, dua lelaki terbabit dilihat duduk di dalam tren sebelum mereka mencium pipi antara satu sama lain.
Sementara itu, pihak Rapid KL ketika dihubungi Harian Metro, hari ini, memaklumkan pihaknya sedia maklum mengenai hantaran terbabit.
"Perbuatan kelakuan sumbang adalah dilarang di dalam semua tren perkhidmatan Rapid KL.
"Malah, notis berkaitan larangan itu ada dipaparkan di dalam setiap tren kami," katanya.
Justeru, pihak Rapid KL mengingatkan orang ramai supaya melaporkan sebarang kejadian yang melanggar peraturan atau mencurigakan melalui mana-mana saluran rasmi Rapid KL.
"Di setiap gerabak tren juga mempunyai kod QR WhatsApp Rapid KL untuk memudahkan penumpang berhubung terus melalui talian khidmat pelanggan kami.
"Setiap laporan yang kami terima, ia akan disiasat dan tindakan sewajarnya akan diambil dengan segera," katanya.
Artikel Harian Metro