BTC USD 81,258.0 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

YB Kena Singkir......

hmmm...politik di malaysia...sedey2...
 
adehh.. berpinau mata nak baco..

eney.. jom pi minom la.. ko cite je la kat aku.. sonang sket :D

bro miX...jom pi kopitiam :)) :)) :))
atau ko nak tibai sate burung puyuh ???
:)) :)) :)) :))
 
banyak fakta dan info... kalau cam nie tak yah beli news..

peace :)) :)) :)) :)) :))
sabau bang...fakta fakta juga.
komen drp ko tu nak simpan watpe???? :)) :)) :))
 
KOTA KINABALU 28 Jan. _ Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan wakil-wakil rakyat bahawa jawatan yang disandang bukan untuk dipegang selama-lamanya.

Perdana Menteri menegaskan, apabila tiba suatu masa yang sesuai, jawatan itu perlu diberikan kepada orang lain pula.


ha.. apalagi pak lah.. lepaskan lah jawatan tu...:(scam :(scam
 
Dollah pun kena ingat

`Jawatan wakil rakyat hanya sementara'

KOTA KINABALU 28 Jan. _ Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan wakil-wakil rakyat bahawa jawatan yang disandang bukan untuk dipegang selama-lamanya.

Perdana Menteri menegaskan, apabila tiba suatu masa yang sesuai, jawatan itu perlu diberikan kepada orang lain pula.

Beliau berkata, mereka yang berkenaan tidak boleh berasa kecewa sebaliknya terus memberikan sokongan seperti mereka disokong oleh orang lain ketika terpilih menjadi wakil rakyat dahulu.

Katanya, wakil-wakil rakyat yang mengundurkan diri secara sukarela untuk memberi ruang kepada orang lain mempunyai sifat terpuji kerana sedar perjuangan bukan terletak kepada jawatan sebagai wakil rakyat sahaja.

``Kita perlu beringat apabila diputuskan calon-calon bertanding, semua mereka mesti mendapat sokongan kita, yang tidak bertanding pula kalau dulu orang lain bersusah payah menyokong kita, kenapa tidak kali ini kita sokong pula orang lain.

``Bagi yang dengan sendiri mahu berhenti, mahu berundur, inilah sifatnya kerana kita mahu pastikan semua orang tahu kita menjadi ahli parti bukan kerana nak jadi wakil rakyat tetapi kerana perjuangan yang kuat untuk rakyat.

``Menjadi wakil rakyat hanya merupakan satu peluang dan kesempatan yang diberikan kepada kita dan tidak ada sesiapa yang boleh memegang jawatan itu untuk selama-lamanya,'' katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian semasa berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-14 Parti Maju Sabah (Sapp) di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini, malam ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah; Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Presiden Sapp, Datuk Yong Teck Lee.

Dalam ucapannya itu, Abdullah turut mengingatkan pemimpin parti supaya menjaga tingkah laku dan tutur kata kerana sebarang kesilapan atau keterlanjuran boleh dipergunakan oleh pihak-pihak berkepentingan untuk melemahkan kekuatan yang ada.

Beliau berkata, kesilapan itu juga boleh menyebabkan salah tanggapan di kalangan penyokong sendiri sehingga menyusahkan parti untuk membetulkannya.

Dalam menghadapi pilihan raya akan datang katanya, parti amat memerlukan komitmen tinggi daripada semua lapisan jentera selain kerjasama erat antara satu sama lain.

``Rakyat sesungguhnya tidak suka kepada parti yang suka bergaduh dan berkelahi. Jika parti kuat dan sentiasa berpegang teguh kepada prinsip, komited dalam perjuangan, rakyat akan yakin dan memastikan kita terus memegang pemerintahan,'' jelasnya


Si Tido pun kena ingat...dah sampai masa dia turun dari jawatan PM ni..tak selama-lamanya jadi PM.Patut dia cakap di depan cermin untuk diri dia bukan kat org lain...:eek: :eek:
 
Si Tido pun kena ingat...dah sampai masa dia turun dari jawatan PM ni..tak selama-lamanya jadi PM.Patut dia cakap di depan cermin untuk diri dia bukan kat org lain...:eek: :eek:

baru satu penggal...tak puas lagi la tuhhh....:)) :)) :))
 
Back
Top
Log in Register