BTC USD 86,692.7 Gold USD 4,343.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Yassin bebas!!

The Room

Legendary Member
gem
Messages
11,048
Top Poster #3
Joined
Feb 18, 2018
Messages
11,048
Reaction score
1,299
Points
206
Malaysian artiste Yasin Sulaiman has been discharged from Hospital Bahagia Ulu Kinta in Perak after spending more than four years at the psychiatric facility.

The news was announced by his friend Akbar Azmi, a member of nasyid group Brothers, in a Threads post on Wednesday (Aug 2).

"Alhamdulillah, finally, after more than four years, Yasin Sulaiman, better known as Yasin Brothers, has been allowed to return home from the hospital.

"Ya Allah, that was a long time. His children have also grown up. Alhamdulillah, he was supposed to serve 30 years and had previously been convicted and sentenced to prison," he said.

Akbar added that he had contacted Yasin, 50, to find out more about his current condition.

"He's on his way and is near Tapah. Wait for my latest update with him later. Insya-Allah, we are very happy," he said.

Yasin was arrested at his home in Kota Damansara in March 2022 after police found marijuana plants believed to be his, along with cultivation equipment and packets of marijuana leaves.

The Mimpi Laila singer, who has two children, was subsequently convicted of drug trafficking under the Dangerous Drugs Act 1952 at the Petaling Jaya Magistrate's Court.

In August 2024, the Shah Alam High Court sentenced Yasin to life imprisonment and 16 strokes of the cane after finding him guilty of three drug-related charges.

Yasin was acquitted and discharged by the Court of Appeal in April last year after medical reports and psychiatric evaluations confirmed that he had bipolar disorder.

He was subsequently ordered to be placed at Hospital Bahagia Ulu Kinta, subject to the consent of the Sultan of Selangor.

Source: https://www.thestar.com.my/lifestyle/entert...a-after-4-years
 

KALAU BUKAN KERANA ABANG SAYA...​

YASIN SULAIMAN: SELEPAS BEBAS, APA YANG TINGGAL?

Selepas melalui satu tempoh yang panjang dan penuh ujian, Yasin Sulaiman akhirnya kembali ke dunia luar.Yasin Sulaiman berkongsi sisi perjalanan yang jarang dilihat orang — tentang hari-hari yang penuh sunyi, kehilangan kebebasan, kerinduan kepada keluarga, dan bagaimana masa yang panjang di balik jeriji mengubah cara beliau melihat kehidupan.

Dari titik paling gelap, Yasin bercerita tentang apa yang dipelajarinya, apa yang masih dibawa hingga hari ini, dan bagaimana rasanya untuk kembali melangkah ke dunia yang pernah ditinggalkannya.

Daripada muzik, keluarga, kehidupan, kepercayaan dan masa depan, Yasin bercerita secara jujur tentang fasa hidup yang mungkin menjadi antara perjalanan paling berat dalam hidupnya.

Ini bukan sekadar cerita tentang kebebasan.Ini adalah cerita tentang kehilangan, ketabahan, perubahan dan peluang untuk bermula semula.

 

Kisah sakit bipolar dan masa dalam penjara - Yasin Sulaiman​

Selepas empat tahun senyap daripada mata masyarakat, legenda muzik yang pernah menggegarkan tanah air dengan lagu "Teman Sejati" bersama kumpulan Brothers dan "Mimpi Laila" serta "Salsabila" kini kembali bersuara.

Yasin Sulaiman, tampil eksklusif di Lebih Masa hanya beberapa hari selepas mendapat perkenan dibebaskan secara rasmi oleh Sultan Selangor pada 2 September lalu, selepas melalui hukuman penjara dan rawatan.

Dalam episod kali ini, Yasin berkongsi secara terbuka perjalanan panjangnya bergelut dengan penyakit bipolar, bagaimana beliau berusaha mencari penyelesaian kepada simptom manic membawa kepada penahanan pada 2022, serta liku-liku yang membawanya dari mahkamah sesyen ke mahkamah tinggi sehingga dijatuhkan hukuman 30 tahun penjara — sebelum akhirnya dibebaskan dan dilepaskan peringkat mahkamah rayuan.

Dari zaman sekolah tahfiz di Arab Saudi, penubuhan kumpulan nasyid Mirwana, kejayaan era World Music, sehingga pengalaman menjadi "penyanyi rasmi" di Penjara Kajang — episod ini membawa pendengar menyelami kisah seorang seniman yang bangkit semula dan membangkitkan persoalan tentang sistem perundangan dan penyakit mental.

Saksikan perbualan penuh emosi dan jujur ini hanya di Lebih Masa.

 


Jabatan Penjara nafi dakwaan Yasin​



Jabatan Penjara nafi dakwaan penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman (gambar) bahawa kehidupan dalam penjara sangat bergantung kepada wang dan pengaruh. - NSTP/Fail
Jabatan Penjara nafi dakwaan penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman (gambar) bahawa kehidupan dalam penjara sangat bergantung kepada wang dan pengaruh. - NSTP/Fail

https://carigold.com/forum/javascript:void(0)
https://www.bharian.com.my/luminate...rasi-pengiring-melalui-penyerahan-aset-baharu
KOTA BHARU: Jabatan Penjara menafikan dakwaan penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman bahawa kehidupan dalam penjara sangat bergantung kepada wang dan pengaruh.

Yasin dalam sebuah podcast baru-baru ini mendakwa kewujudan sistem kasta atau hierarki dalam kalangan banduan berdasarkan faktor kewangan.

Pengarah Kanan Dasar Kepenjaraan, Jabatan Penjara, Mohamad Rosidek Musa, berkata sesetengah perkara negatif mungkin berlaku, namun pihaknya mempunyai prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang aktiviti itu.

"Dakwaan itu tidak benar kerana dalam konteks kepenjaraan, kita fokus kepada program pemulihan, cuba atasi perkara-perkara yang negatif berlaku di penjara dan benda (dakwaan) itu tidak ada.



"Kita ada SOP dan peraturan untuk mengekang perkara yang negatif dan tidak baik. Kita akui ada perkara mungkin berlaku, tetapi tidak seperti yang dinyatakan," katanya.

Beliau menegaskan demikian pada sidang media sempena majlis penutup Program Bookathon Jabatan Penjara dengan kerjasama Boustead Holdings Berhad, Royale Chulan Damansara dan Syarikat Muda Osman (SMO) Bookstores di Blok Wanita Penjara Pengkalan Chepa, di sini hari ini.



Pengarah Kanan Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara, Mohamad Rosidek Musa berbual dengan prospek wanita di Penjara Pengkalan Chepa selepas majlis penutup Program Bookathon Jabatan Penjara dengan kerjasama Boustead Holdings Berhad, Royale Chulan Damansara dan Syarikat Muda Osman (SMO) Bookstores, hari ini. - NSTP/SITI ROHANA IDRIS
Pengarah Kanan Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara, Mohamad Rosidek Musa berbual dengan prospek wanita di Penjara Pengkalan Chepa selepas majlis penutup Program Bookathon Jabatan Penjara dengan kerjasama Boustead Holdings Berhad, Royale Chulan Damansara dan Syarikat Muda Osman (SMO) Bookstores, hari ini. - NSTP/SITI ROHANA IDRIS


Mohamad Rosidek tidak pasti motif penyanyi itu membuat dakwaan sedemikian, namun tidak menolak bahawa sosoknya sebagai figura yang dikenali menjadikannya sebagai fokus di platform media sosial.

Beliau berkata, fokus sepatutnya lebih diberikan kepada hal baik berlaku kepada mereka yang dibebaskan dari penjara kerana ramai bekas banduan sudah berjaya.

"Dia (Yasin) baru keluar (penjara), jadi media sosial sedang fokus kepadanya. Pada saya, kalau kita tengok ramai yang bebas dari penjara sudah berjaya. Jadi pada saya kenapa kita nak fokus perkara negatif?

"Kita fokuslah kepada apa yang pihak penjara berjaya buat, namun kadang-kala kita suka cari yang kecil-kecil.Kalau dalam podcast itu pun kita boleh tengok komen daripada netizen dan sebagainya.

"Ada yang negatif dan positif, tetapi kita boleh tengok yang positif dan kami di Jabatan Penjara berusaha untuk memastikan perkara negatif, salah laku dan sebagainya dapat kita tangani dan ambil tindakan," katanya.

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada November 2023 melepas dan membebaskan Yasin daripada tiga pertuduhan berkaitan dadah, namun memerintahkan dia ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Terdahulu, Mohamad Rosidek hadir di Penjara Pengkalan Chepa, sempena majlis penutup Program Bookathon Jabatan Penjara dengan kerjasama Boustead Holdings Berhad, Royale Chulan Damansara dan Syarikat Muda Osman (SMO) Bookstores.

 

FULL Yasin Akhirnya Tampil Selepas Jabatan Penjara Nafi Kenyataannya​

Yasin Sulaiman podcast minta maaf — komposer dan penyanyi berusia 51 tahun itu tampil membuat penjelasan terbuka kepada Jabatan Penjara Malaysia, menarik balik kenyataan kontroversial yang dibuatnya dalam satu temu bual podcast baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram serta kenyataan media bertulis, Yasin menyatakan penyesalan atas kenyataannya yang didakwa mencemarkan nama baik agensi berkenaan. Beliau turut menegaskan tiada niat untuk memperkecilkan tugas pegawai dan anggota Jabatan Penjara, sebaliknya sangat menghargai tanggungjawab besar yang dipikul mereka.

Yasin sebelum ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada November 2023 daripada tiga pertuduhan berkaitan dadah, namun diarahkan menjalani rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak. Beliau akhirnya dibenarkan pulang sebagai orang bebas pada 2 September lalu selepas lebih empat tahun menjalani proses mahkamah dan rawatan kesihatan mental.

 
Back
Top
Log in Register