BTC USD 80,944.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Saya bukan penyeludup' - Yassin

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,516
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,516
Reaction score
1,681
Points
201
6170160377350964698_121.jpg


'Saya bukan penyeludup' - Yassin


Menerusi hantaran dalam Instagram (IG) Gitu Gitu Empire, Yassin dilapor berkata, dia akan menjawab mengenai isu berkenaan menerusi siaran diberi nama Darkcast yang dikendalikan rakan seperjuangan dalam Senario, Saiful Apek.

"Saya akan jawab dalam Darkcast by Saiful Apek… apabila ditanya kepada @yassinsenario1978 berkenaan status beliau sekarang.

"Ikuti video penuh temubual eksklusif bersama @saifulapek di YT Channel Gitu Gitu Studio," menurut keterangan Gitu Gitu Studio pada hantaran berkenaan.

Sementara itu, menerusi video petikan pendek atau 'snippet' rakaman podcast dimuatnaik yang menampilkan Yassin, pelawak itu ada berkongsi bahawa dirinya bukan penyeludup.

Bagaimanapun, konteks sebenar atau keseluruhan perkongsian disampaikan Yassin dalam podcast itu belum dapat dipastikan berikutan video penuh masih belum dimuatnaik.

"Saya tidak tahu undang-undang, aku ini salah. Tak ada orang nak beritahu perkara itu. Saya cakap dalam bahasa Inggeris 'i'm not smuggle' (saya bukan penyeludup).

"Dalam perjalanan saya pergi 'ke situ', yang pertama saya hubungi adalah 'The God' (Tuhan)," kata Yassin yang dipetik daripada video ringkas itu.

Semalam, media melaporkan, Yassin, 47, sudah kembali ke tanah air selepas melihat kemunculannya dalam satu sesi siaran langsung di TikTok.

Harian Metro melaporkan, isterinya, Farah Waheeda Maharidan mengesahkan kepulangan pelawak itu.

Terdahulu, seorang pelawak dilapor ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah pada Oktober lalu kerana kesalahan memiliki ganja.

Nama Yassin mula dikaitkan dengan insiden itu berikutan ketiadaannya bersama anggota Senario. Namun, rakan-rakan lain memilih untuk tidak memberikan sebarang komen berhubung perkara itu ketika ditemubual.

Affan Rostam
 
Back
Top
Log in Register