BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Yakin lebih baik, calon PH tak gentar berdepan Onn Hafiz

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Yakin lebih baik, calon PH tak gentar berdepan Onn Hafiz​

3cf49222-nur-hafiz-roslan-fmt-resize-280626-1.jpg

Nur Hafiz Roslan tidak gentar bertanding di Machap kerana yakin Pakatan Harapan boleh beri tawaran lebih baik kepada penduduk.

Nur Hafiz berkata, pertembungan itu secara rasmi menyaksikan saingan antara dua gabungan politik besar bagi merebut sokongan pengundi di Machap.

“Saya cukup yakin dan percaya, kita tidak gentar bertanding di Machap kerana kita mengetahui PH boleh menawarkan lebih baik kepada penduduk di sini.

“Setelah kita meneliti kekurangan yang perlu ditambah baik, saya percaya penambahbaikan boleh dilakukan khusus di Machap,” katanya kepada FMT.

Beliau yang juga exco Pemuda Amanah berkata akan memperincikan manifestonya di Machap.

“Kita akan bentang satu demi satu manifesto kepada rakyat dan apa akan ditawarkan PH secara keseluruhan serta tawaran khusus untuk penduduk Machap.

“Saya akan melaksanakan usaha bersungguh-sungguh,” katanya.

Nur Hafiz turut merayu sokongan rakyat Johor khususnya pengundi Machap untuk memberi peluang kepadanya berbakti dan berkhidmat di kawasan itu.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya mengesahkan pertembungan dua penjuru di DUN Machap yang menyaksikan Nur Hafiz akan berdepan Onn Hafiz yang juga pengerusi BN Johor.

Pada PRN Johor 2022, Onn Hafiz memenangi kerusi itu dengan majoriti 6,543 undi menewaskan calon PN Azlisham Azahar, R Sangaran (Muda) dan Sharuddin Md Salleh (Pejuang).
 
Back
Top
Log in Register