BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[WTA] Surat audit LHDN

tt.. first jgn kalut..wat bersabar and relax. :D

pengalaman den, den hantar surat kepada lhdn mengatakan meminta
tempoh2 tertentu untuk mencari resit2 yang telah hilang. den
mintak tempoh 1 bulan.

masuk bulan ke 2..den dapat surat lagi untuk hantar resit kpd lhdn.

den balas surat dengan mengatakan semua resit telah hilang dari
simpanan dan menyatakan kesungguhan den yang resit tu memang ada
dan telah hilang dek pindah rumah.

masuk bulan ke 3 sampai den x dapat lagi dah surat. :D

alhamdulillah..dan sebenarnya memang resit tu hilang tah kemana.


kalu nak ke pej.lhdn tt bleh pegi.
tapi jenis den x mau pegi pej..kot2 banyak dia tanya :))
kang den jadi baran walau depan aweks .. :))

*Terima kasih...Tuan..
Kerana share pengalaman..
 
Apa kata...
Jk saya hantar resit mana yg ada dulu...
Boleh tak?
 
dia ada kasi tempoh ke?
aku pun kena jgk utk tahun 2011
 
Ni pengalaman aku yang dpt surat tahun lepas untuk cukai pendapatan tahun 2012...antara dokumen yang diminta bawa sekali seperti penyata faedah ansuran rumah yang original dari bank, polisi insuran pendidikan, resit pembelian buku, resit derma atau hadiah dan bil langganan jalur lebar.

Semua yang diminta tu memang aku simpan kecuali resit buku yang aku letak nilai pembelian aku tu RM100 hilang ntah ke mana...

Jadi, aku datang pejabat LHDN dalam tempoh yang ditetapkan tu dengan membawa semua dokumen kecuali resit pembelian buku.

Di kaunter aku serahkan lah semua tu dan aku bagitau resit pembelian buku hilang, pegawai tu pon tengok checlist sambil membebel pasal kecuaian aku...aku buat bo...do je la...kemudian dia masuk dlm bilik bos dia kot...adala dalam 15 minit aku tunggu...

Kemudian dia keluar, kata dah selesai. Aku tanya kenapa panggil aku ke sini dengan bawa semua tu...dia jawab sebab ada keraguan dalam jumlah terlebih bayar berbanding tahun 2011. So aku bgtaulah yang jadi banyak jumlah terlebih bayar tu sebab aku masukkan sekali rebet faedah pinjaman perumahan yang maksima RM10k tu...dan pegawai tu pon kata betul. Kemudian aku tanya pasal resit buku yang tak ada tu, dia kata itu sebenarnya sebagai pelengkap, yg dia nak tengok sebenarnya ialah penyata fedah ansuran perumahan aku tu.

Sebelum balik, aku tanya lagi,memang LHDN akan panggil ke kalau ada perbzaan ketara dalam lebihan bayaran setiap tahun...katanya sudah pasti dan pembayar cukai juga akan dipanggil berdasarkan cabutan rawak...nasibla siapa yang kena. Dan aku tanya lagi pasal resit buku tadi, mana la tau kena denda lak atau kena tindakan sebab cuai atau di katanya aku menipu dalam membuat taksiran...pegawai tu kata...encik tunggu je surat...klau ada surat...adalah tindakan...kalau tak de...tak de lah. Suspend je...

Tapi Alhamdulillah...sampai hari ni...tak de lak surat LHDN sampai...
 
Ooo..mcm gitu ye...
TQ..bos...

Mana lebih baik ye...
Pos dokumen mana yang ada atau pegi terus ke cawangan LHDN?
 
Siapa pernah dapat surat audit drpd LHDN?
Minta tolong kepada yang :
1. Berpengalaman
2. Warga /staf LHDN

Isteri saya telah menerima surat berkenaan :
Pembuktian resit/dokumen bagi 2011/2012

* masalahnya terdapat beberapa resit asal telah hilang
ini kerana berpindah rumah.
* So, bagi yang berpengalaman bolehtak share :

1. cara untuk menyelesaikan masalah.
2. Apa yang perlu saya buat?


terima kasih kepada yang sudi memberi cadangan.

Pengalaman sendiri tak ada,tp,pernah tolong kawan settle benda ni 2tahun lps.

Dia dpt surat audit jgk,dan dinyatakan brapa lebihan yg patut dibayar jika resit tak ada.

Dia pun pindah rumah.So,dia ckp,mmg kalau nak cari resit tu keberangkalian nak jumpa tu mmg tipis la.

So,kitaorg pergi LHDN.Cerita semua kat pegawai tu.Pastu pegawai tu mintak bukti bertukar alamat.Member aku pun bagila

bil terkini di alamat baru dia.Kawtim2 skit dgn pegawai tu.Mintak diskaun semua sbb kehilangan tu tak disengajakan.

Last2 skali kena dlm dekat RM200 juga tambahan cukai pendapatan.Member aku bayar time tu.

Apa2 pun,better ko buat cepat2.Sbb nanti kalau lama tertangguh,kang ada penalty pulak atas baki cukai yg tertunggak

disebabkan oleh tak dpt dibuktikan dgn resit tu.Kalau tak mampu nak bayar semua time tu,blh mintak ansuran.

Kalau rasa mcm blh jumpa blk resit tu,minta tempoh utk cari resit. My advice,better pergi terus ke LHDN dgn wife drpd nak post2

resit semua tu.Bawak sekali semua resit yg dah ada masa pergi. :)
 
hantar je yang mana ada... tapi, jika ada isi pasal perumahan atau komputer, memang perlu masukkan sekali.
 
aku dah penah kena audit cukai ni. kenalah usahakan cari semua resit dan dokumen sokongan, cuba dptkan drp agensi sykt yg berkenaan. kalu kena tambah byr, mohonlah ansuran.
 
Terima kasih... Semua...
Kerana sudi menceritakan pengalaman & pendapat..
Dalam minggu ni saya akan pegi ke LHDN.
Semoga perkongsian maklumat ini memberi manfaat kepada semua...
 
Back
Top
Log in Register