BTC USD 83,385.7 Gold USD 4,196.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

WTA: Klinik Pemeriksaan Kehamilan

kalau seblm bln 4 bole check-up/deliver kat swasta. kalau lepas bulan 4 check-up/deliver kat kerajaan. if u know what i mean.hehe
 
Salam Yg Bekeluarga...
Nak tanya sikit pada yg pakar bab nih...
Boleh mintak tolong recommend :
1.Klinik untuk pemeriksaan awal kehamilan (1st Timer) / Semasa tempoh hamil?
2. Klinik/Hospital Untuk Bersalin...
Khususnya area Subang/PJ/Sunway...
Kalau bleh share jugak range harga...
Lebih molek kalau Doktor Perempuan...
Hehe...Tq Semua!:)


tt pergi daftar kat klinik kesihatan kelana jaya. buka buku merah.
sana nurse semua friendly , masa check up fleksible boleh pilih pagi atau petang , semua percuma. parking pun bnyk kat tapak pasar tani kelana jaya.
 
saya tgh menunggu hari skg. dari awal kehamilan saya pegi check up dua2 dekat klinik kesihatan gov dan swasta kpj. masuk minggu ke 30 kehamilan saya stop check up di klinik kesihatan dan proceed di kpj je sbb decide nak bersalin di kpj. check up di klinik kesihatan semua free, ubat pon free. tapi xde scan. cuma klu ada masalah je doktor akan scan. klu swasta setiap kali check up doktor akan scan detail dan blh tgk perkembangan baby. boleh tahu berat baby, dengupan jantung ok ke x, besar kepala baby, panjang tulang peha, semua la blh tgk.

saya rasa elok check up dua2 tempat gov n swasta sbb klu ada apa2 masalah time nk bersalin awak boleh pegi hospital gov or swasta dorg akan accept sbb ada buku merah utk dua tempat ni. mcm saya masa mggu ke 36 baby still songsang. so klu baby x pusing saya kena operate. operate kt swasta kan mahal. doktor saya ckp klu ada financial problem saya boleh pilih utk operate dekat hospital gov sbb saya ada buku merah klinik kesihatan dorg akan accept. tp Alhamdulillah now 39 weeks baby dh pusing

yg ini betul..masalah nie kene pada anak abg aku..baby ada prob. sblm nie da plan nk bersalin kt hospital swasta di bangi oleh kerana ada baby ada masalah dorg x berani buat terus transfer hospital gomen..
 
Salam Yg Bekeluarga...
Nak tanya sikit pada yg pakar bab nih...
Boleh mintak tolong recommend :
1.Klinik untuk pemeriksaan awal kehamilan (1st Timer) / Semasa tempoh hamil?
2. Klinik/Hospital Untuk Bersalin...
Khususnya area Subang/PJ/Sunway...
Kalau bleh share jugak range harga...
Lebih molek kalau Doktor Perempuan...
Hehe...Tq Semua!:)

kami sekeluarga check up kat hospital putra medical centre, sg buloh. ada 2 doktor specialist kat sana utk bahagian kehamilan ni, datuk dr. zarul dengan dr. wan ratna. ko boleh google nama diorg, ramai bg testimoni/blog positif. layanan sgt mesra dan kedua2 doktor mmg pakar bab kehamilan. everytime checkup akan scan utk tgk perkembangan baby.

keluarga abg dan kakak aku serta saudara-mara area sg buloh semua bersalin kat hospital ni.

sekali checkup dalam lingkungan rm100-200, bergantung kepada keadaan isteri. harga utk bersalin serendah rm2000 hingga ke rm5000 keatas, bergantung kepada cara isteri bersalin, kalau kena scissor, mahal la sikit.

PMC.jpg


4.jpg

datuk dr zarul yg paling depan, sebelah dia dr wan ratna
 
Last edited:
duk sunway...skrng anta kat klinik anita taipan...next month start followup kat DEMC...insyallah nk followup DEMC sampai lah bersalin... :D

Tahniah tt.. Dah brp minggu kandungan?
Hang check heartbeat kat situ gak ke?
 
bape kos ye check up dan bersalin kat kpj tu?


check up around 160-180.. bersalin amek pakej single room 2D1N rm2,500 je.. lepas deliver terus transfer masuk bilik.. xyh tggu lama2.. bilik siap sedia.. doctor perempuan.. time baby keluar dia terus azan.. sayu je dgr.. suasana di labor room dan bilik sgt sunyi dan tenang.. mmg rilek je rasa.. nurse pon baik2.. bilik single suami boleh teman tido malam.. ada sofa panjang utk suami tido.. bantal dan selimut request dekat nurse dorang akan hantar.. baby tido sekali dgn parents.. klu ada masalah like baby berak or nk tukar pampers tekan je butang nurse akan datang ambil baby dan tukarkan pampers.. ibu just baring, rehat dan susukan baby je.. bilik besar, toilet besar.. family dtg nk melawat pon selesa.. nak check out pon senang.. bill siap on time.. nurse tolong tolakkan katil baby dan bwk kan beg ke parking kereta.. highly recommended hospital ni :)cgrock :)cgrock
 
Back
Top
Log in Register