BTC USD 81,374.9 Gold USD 4,124.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

World Tennis Discussion @ CG

tn krimer, medvedev ada menang dua kejuaraan besar, iaitu
2020 ATP Finals
2021 US Open

dia banyak jugak menang tournament ATP, semua sekali dlm 20
tp ATP ni mcm kurang bernilai sikit kan..tak mcm grand slam..sbb setahun 4 kali je
 
1000231168.jpg


Nadal in his first and last Roland-Garros 🥺❤️

#RafaelNadal
 
Tamat sudah era Djokovic.

Sehebat mana pun, tak boleh lawan usia. Terpaksa tarik diri kerana lutut cedera.
 
Swiatek merangkul kejuaraan Terbuka Perancis ketiga berturut-turut selepas menumpaskan pemain Itali, Jasmine Paolini, 6-2, 6-1.

 

Alcaraz pemain termuda dominasi tiga gelanggang​


10 JUN 2024

2683782.jpg

Alcaraz mengungguli Terbuka Perancis di Paris pada malam Ahad. Foto EPA


CARLOS Alcaraz melakar sensasi apabila muncul pemain termuda menguasai kesemua tiga permukaan gelanggang selepas merangkul kejuaraan Terbuka Perancis di Paris pada malam Ahad.

Kejayaan tersebut diraih selepas pemain berusia 21 tahun itu menewaskan pemain Jerman, Alexander Zverev, 6-3, 2-6, 5-7, 6-1 dan 6-2 di Roland Garros.

Pemain Sepanyol itu sebelum ini meraih gelaran Grand Slam di Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat (AS) sekali gus melengkapkan penguasaannya di gelanggang tanah liat, rumput dan keras.

Kejayaan itu juga membolehkan Alcaraz menyertai kelompok pemain elit seperti Mats Wilander, Jimmy Connors, Andre Agassi, Roger Federer, Rafa Nadal dan Novak Djokovic.

Alcaraz menyifatkan kejayaan tersebut adalah detik paling membanggakan dalam kariernya.

“Saya menganggap diri saya sebagai pemain yang tidak perlu terlalu banyak perlawanan untuk berada pada tahap 100 peratus.

“Saya melalui minggu yang bagus di Paris, berlatih dengan pemain terbaik di dunia. Sudah tentu, saya semakin baik dari setiap perlawanan.

“Kejayaan ini sangat istimewa,” katanya yang baru pulih daripada kecederaan lengan kanan.

Alcaraz turut mengimbas detik manis merangkul kejuaraan Terbuka AS dan memenangi Wimbledon yang diimpikan sejak berjinak-jinak dengan sukan tersebut.

“Memenangi Terbuka AS (pada 2022) ketika kali pertama saya bergelar pemain nombor satu dunia adalah sesuatu yang diimpikan sejak mula bermain tenis, menang gelaran Grand Slam pertama.

“Cara saya menang di Wimbledon (pada 2023) dengan mengalahkan Djokovic dalam pertarungan lima set adalah pencapaian hebat buat saya.

“Sekarang, menjulang trofi Roland Garros selepas apa yang saya lalui sebelum ini termasuk kecederaan, saya tidak pasti.

“Mungkin, ini adalah detik sangat saya bangga kerana apa yang dilakukan bulan lalu semata-mata untuk bersedia bagi kejohanan ini bersama pasukan. Banyak yang kami lakukan,” ujar Alcaraz.
 
1000247485.jpg


An era of dominance on the courts 🎾 The Big Four ruled the tennis world for nearly two decades, setting the standard for greatness. 🏆

#tennis #NovakDjokovic #rodgerfederer #rafaelnadal #FrenchOpen #rolandgarros
 
Back
Top
Log in Register