BTC USD 86,477.3 Gold USD 4,342.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warzone World Championship tidak mendapat kelulusan KBS

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,404
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,404
Reaction score
346
Points
141
3328080.webp

Antara 'pergaduhan' yang tercetus di atas pentas semasa sidang media Warzone World Championship yang diadakan pada Sabtu di Bangsar.

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan bahawa Warzone World Championship (WWC) tidak mendapat kelulusan rasmi daripada pihaknya.

KBS dalam satu kenyataan media pada Ahad menjelaskan bahawa sebarang penganjuran acara sukan, terutamanya yang melibatkan penyertaan antarabangsa, wajib mendapat kelulusan Pesuruhjaya Sukan Malaysia selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576].

“Penganjur yang gagal mematuhi peraturan ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 36, Akta 576.

“Kementerian menasihatkan semua pihak mematuhi peraturan sedia ada bagi memastikan integriti, keselamatan, dan imej sukan negara terpelihara,” menurut kenyataan tersebut.

Aksi International Influencer Super Lightweight Champion WWC yang dijadual berlangsung pada 6 dan 7 Disember ini menjadi tumpuan selepas beberapa klip video tular menunjukkan pertengkaran antara petarung Malaysia dan Indonesia.

Video itu dipercayai sebahagian daripada promosi acara dan menimbulkan kritikan dalam kalangan komuniti sukan tempur di negara ini.

Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali antara yang membuat teguran terbuka dan menganggap gimik berunsur provokatif boleh memberi pengaruh negatif kepada penonton muda dan menjejaskan imej sukan tempur.

Beliau mengingatkan pentingnya penganjur bertanggungjawab dan menjadi sebahagian daripada penyelesaian, bukannya menimbulkan masalah.

"Sudah-sudahlah memalukan sukan ni pakcik. Saya bukan nak kurang ajar dengan orang tua, tetapi kalau orang tua perangai macam budak, siapa hendak hormat? Kita naikkan Muay Thai dari kosong, pakcik datang apabila dah hangat dan buat perangai bangang, siapa tak marah?

"Tolonglah cari penyelesaian dan bukannya masalah. Lihatlah sesuatu itu daripada skop lebih luas, jangan fikir hendak duit cepat sahaja," kata Johan.

Kenyataan Johan itu ditujukan kepada Pengasas Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (Semboyan), Yusuf Azmi.

Yusuf dijadual bertarung dengan Yunus Martin dari Indonesia dan kedua-dua terlibat dalam beberapa siri provokasi melampau sebagai gimik bagi melariskan tiket WWC.

Malah, sidang media WWC yang diadakan di Bangsar pada Sabtu juga menerima kritikan meluas pengguna media sosial kerana ia dipenuhi drama dan gimik murahan daripada beberapa petarung Malaysia dan Indonesia.

Sementara itu, Muaythai Malaysia turut meluahkan kekecewaan terhadap gimik WWC.

"Nak buat drama promosi tiket terpulanglah tapi jangan malukan nama sukan.

"Tapi bila libatkan budak budak bawah umur dalam marketing tidak bermoral tunggu penarikan lesen," katanya.
 
Acara Warzone Tiada Kelulusan KBS

03.11.2025 - Penganjuran acara sukan tempur Warzone World Championship (WWC) tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata sebarang penganjuran sukan, khususnya yang melibatkan penyertaan antarabangsa, perlu mendapat kelulusan daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576].

"KBS menasihatkan semua pihak agar mematuhi peraturan bagi menjamin integriti dan keselamatan sukan negara. Bagi sebarang penganjuran acara sukan antarabangsa yang tidak mendapatkan kelulusan PJS, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 36, Akta 576," katanya dalam kenyataan hari ini.

Acara International Influencer Super Lightweight Champion WWC dijadual berlangsung pada 6 dan 7 Disember ini di N9 Arena, Negeri Sembilan. Klip video yang memaparkan kekecohan pada sesi ‘face-off’ acara itu menjadi tumpuan di media sosial sebelum ini. Klip video berkenaan dikongsi di media sosial WWC sebagai promosi acara dan menimbulkan kritikan dalam kalangan komuniti sukan tempur di negara ini yang menyifatkan ia menampilkan gimik berlebihan. Atlet Muay Thai negara, Johan Ghazali turut menegur pempengaruh Yusuf Azmi, yang merupakan antara peserta sorotan utama acara itu, sebagai memalukan acara sukan tempur. Yusuf, yang juga merupakan pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia (Semboyan Malaysia) dijadual bertarung dengan Yunus Martin dari Indonesia. Selain peserta dari Malaysia dan Indonesia, acara itu turut menampilkan peserta dari Thailand, India, dan China.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/759717
 

KENYATAAN RASMI WARZONE & PERMOHONAN MAAF​

Kami mengambil maklum isu yang tercetus melibatkan insiden ketika sidang media WARZONE baru-baru ini, khususnya membabitkan dua peserta bawah umur.

Pertama sekali, kami memohon maaf kepada:
🇲🇾 Kementerian Belia & Sukan
📚 Kementerian Pendidikan Malaysia
🤝 Badan-badan Sanctioning
👨‍👩‍👧‍👦 Ibu bapa, komuniti sukan & masyarakat umum
🎞Media Prima

Insiden “face off” tersebut telah mencetuskan persepsi buli, lebih-lebih lagi ketika negara sedang sensitif dengan isu tersebut. Kami faham dan hormati kebimbangan rakyat.

Untuk penjelasan:
Aksi itu sebenarnya adalah gimik yang dirancang antara kedua-dua peserta bersama jurulatih bagi memberi sedikit “spotlight”. Namun, sebagai atlet muda, kadangkala emosi dan keterujaan di pentas besar boleh menyebabkan hilang kawalan dan itu berlaku.

Kami bertanggungjawab penuh atas kekurangan kawalan ketika sidang media tersebut.
Tiada alasan. Kami akan perbaiki.

KOMITMEN KAMI
✅ Mematuhi semua garis panduan & syarat KBS
✅ Memperketat SOP keselamatan & kawalan atlet bawah umur
✅ Meningkatkan pendidikan, disiplin & profesionalisme atlet muda
✅ Mengelakkan gimik provokasi melibatkan peserta bawah umur pada masa hadapan

WARZONE ditubuhkan untuk membina disiplin, keyakinan & masa depan atlet bukan memudaratkan mereka.
Kami mohon ruang untuk memperbaiki, bukan dihukum tanpa peluang membuktikan komitmen kami.
Terima kasih kepada semua pihak yang menegur.
Kami dengar, kami belajar, kami perbaiki.
#Warzone #KenyataanRasmi #HormatiSukan #KeselamatanAtlet #PembangunanSukan

 

KBS dah Bagi Amaran! Warzone Tak Akan Berlangsung! Yusuf Azmi Minta Maaf, Akui Gimik Jual Tiket?!​

Memalukan Islam, memalukan orang Melayu!
Memalukan Negara!
Hanya kerana gimik, awak pukul orang dalam podcast?
Hanya kerana gimik, anak awak sepak orang?

 
Back
Top
Log in Register