Siapa pemain muda terbaik??
BERLIN: Pemain Portugal, Cristiano Ronaldo dan pemain Argentina, Lionel Messi adalah antara enam calon untuk Pemain Muda Terbaik pada kejohanan Piala Dunia.
Calon lain ialah Luis Valencia (Ecuador), Tranquillo Barnetta (Switzerland), Cesc Fabregas (Sepanyol) dan Lukas Podolski (Jerman).
“Saya percaya Cristiano Ronaldo dan Lukas Podolski boleh menjadi pencabar untuk anugerah itu kerana sumbangan yang mereka berikan kepada pasukan masing-masing hingga ke peringkat separuh akhir,†kata bekas kapten Jerman, Lothar Matthaeus, yang mengumumkan senarai itu semalam.
“Messi mungkin pemain paling berbakat tetapi kita tidak banyak melihat aksinya.â€Â
Messi, Ronaldo dan Valencia menyertai senarai itu dan menduduki tangga tiga teratas menerusi undian peminat di laman web
www.FIFAworldcup.com manakala Barnetta, Fabregas dan Podolski dicalonkan oleh Jawatankuasa Kajian Teknikal FIFA.
Senarai asal menyenaraikan 40 pemain.
Anugerah itu akan diberikan kepada pemain yang lahir pada atau sebelum 1 Januari 1985 dan mempamer aksi paling memberangsangkan pada Piala Dunia FIFA, kriteria pemilihan akan dipilih menerusi gaya, karisma, fair play dan kesungguhan selain skil teknikal.
Empat belas ahli Jawatankuasa Kajian Teknikal FIFA akan menentukan pemenang anugerah itu dan akan diumumkan hari ini. - AP
Aku rasa
Podolski -Valencia-Ronaldo-Messi-Fabregas-Banetta