ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
RATUSAN pengguna telefon mudah alih prabayar, terutamanya di kawasan luar bandar dan pelajar universiti di Malaysia, kini menikmati kemudahan menambah nilai masa bercakap mereka dengan mesin yang dikenali sebagai Woopit.
Mesin ini dapat menyelesaikan masalah mencari kedai atau ejen menambah nilai terutama apabila seseorang paling memerlukannya, kata pengedarnya N. Parameswaran kepada Bernama.
Woopit, seperti telefon awam, dipasang ke dinding di kawasan berkepadatan tinggi, mesra pengguna dan beroperasi 24 jam sepanjang minggu. Ia meliputi semua syarikat telekomunikasi utama di negara ini, katanya.
Mesin ini juga boleh membantu ribuan pekerja asing memindahkan kredit masa bercakap kepada saudara-mara dan rakan-rakan mereka di Indonesia, Vietnam, Mynmmar, Filipina, India , China dan Pakistan.
Sebagai contoh, warga Indonesia bekerja di Sandakan, boleh menggunakan mesin berkenaan untuk memindahkan kredit masa bercakap kepada isteri di Surabaya.
Pada masa ini, sebanyak 3,300 mesin itu beroperasi di seluruh negara dan banyak lagi dalam perancangan.
Parameswaran merupakan pengendali utama di Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata kejayaan beliau di kedua-dua negeri itu mendorong beliaumeneroka di luar negara dan memperkenalkannya kepada usahawan di Indonesia dan India.
Beliau membuka pejabat di Surabaya dan Purwarkarta di Indonesia, sebagai permulaan untuk melancarkan mesin berkenaan di negara itu.
Parameswaran berkata mesin itu juga telah membuka peluang perniagaan kepada rakyat Malaysia dan warga Asia yang lain yang mahu menjana pendapatan pasif.
Bagi pelaburan sederhana sebanyak RM12,000, pelabur boleh mendapat antara RM800 hingga RM1,000 sebulan, bergantung kepada lokasi mesin.
Mereka yang berminat boleh menghubungi beliau di 016-2122196. - Bernama