BTC USD 49,326.9 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Woods Enggan jumpa pakar seks

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
LONDON 20 Dis. - Isteri kepada Tiger Woods, Elin Nordegren marah terhadap keengganan juara golf dunia menemui doktor pakar bagi menangani tabiat ketagihan seksnya.

Menurut laporan akhbar Sunday Mirror, ia mendorong Nordegren bertekad membesarkan Sam, 2, dan Charlie, 10 bulan, secara sendiri dan mengehadkan pertemuan mereka dengan bintang golf itu dengan lawatan berjadual.

Kata laporan itu, dia bersedia membincangkan urusan hak penjagaan bersama dengan Woods, 33, namun dia berubah fikiran apabila bintang golf itu enggan bertemu dengan doktor ketagihan seks berhubung sikapnya yang rakus itu.

Kedegilan Woods menyebabkan Nordegren, 29, berang dan membuatkannya mengambil keputusan untuk cuba mengehadkan hubungan dengan anak mereka.

"Dia tidak dapat menerima perangai Woods. Dia menyatakan mahu menyelamatkan perkahwinan namun tidak berbuat apa-apa. Woods bersembunyi macam budak kecil dan enggan ke pusat pemulihan untuk mendapatkan rawatan yang diperlukan.

"Semua orang mahu Woods mendapatkan rawatan dan ia adalah satu-satunya jalan untuk menangguhkan perceraian, namun dia tetap tidak mahu menjalani terapi. Nordegren sudah tidak tahan lagi dan memutuskan untuk merebut hak penjagaan," kata seorang rakan rapat Nordegren kepad akhbar Sunday Mirror.

Rakan-rakannya berkata dia akan meminta pakar perceraian Hollywood, Sorrell Trope untuk mengusahakan perjanjian sebelum perkahwinan mereka dan mendapatkan separuh daripada aset Woods berjumlah 340 juta pound (RM1.89 bilion) dan hak penjagaan anak.

Pakar perundangan menyatakan dia tidak akan memenangi hak jagaan penuh. Rumah Woods di Florida adalah 'mesra bapa' dan kecurangannya dengan 14 wanita hanya akan diambil kira seandainya peguam Nordegren dapat membuktikan ia menjadikan pemain golf itu 'menjejaskan' anak mereka.

Malah Nordegren mungkin terpaksa menyetujui 'perkongsian masa' dengan Woods namun dia juga boleh mengusahakan aturan yang dipanggil 'tanggungjawab utama keibubapaan'.

Ia bermakna, dia berhak membuat keputusan mengenai cara membesarkan anak tanpa perlu merujuk kepada Woods terlebih dulu.

Woods kini dikatakan sedang berbincang dengan penasihat- penasihat demi menyelamatkan kariernya ketika Nordegren sibuk menyiapkan prosiding perceraian pada tahun baru. - AGENSI
 
Sponsored Post

mtx_69

Super Active Member
Messages
8,190
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
tak mau jumpa tak apa..macam2
 
Sponsored Post
Top
Log in Register