BTC USD 84,395.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Windows 11 Related Discussions - Perbincangan Windows 11

Kemaskini Windows 11 Akan Hadir Pada 26 September, Menyertakan Sokongan Copilot

Microsoft hari ini mengumumkan mereka akan memperkenalkan kemaskini Windows 11 seterusnya pada 26 September kelak untuk semua pengguna Windows 11 sedia ada. Kemaskini baharu berkenaan akan dikenali dengan nama Windows 11 23H2. Menjadi fokus utama pada kemaskini Windowss 11 akan datang adalah sokongan integrasi Windows Copilot – yang mana menyertakan sokongan perbualan bersama kecerdasan buatan berbentuk generatif – lebih kurang sama seperti pada Bing Chat.​

1695454713886.png

Ini sekaligus akan membolehkan pengguna mengawal pelbagai perkara dan tetapan di komputer, melancarkan aplikasi, dan seperti pada Bing Chat, bertanyakan pelbagai soalan dan mendapatkan jawapan terus dengan mudah. Copilot ini akan diintegrasikan pada keseluruhan sistem operasi, dan dijangka akan memudahkan pengguna dalam urusan produktiviti harian. Pengguna turut boleh mengakses Copilot ini dengan kekunci pintas Win + C. Disamping itu, Windows 11 akan menyertakan sejumlah ciri baharu, termasuk integrasi AI pada Microsoft Paint untuk membantu dalam membuang gambar latar. Selain Paint, Microsoft juga akan mengintegrasikan sejumlah ciri AI pada Photos dalam memudahkan proses penyuntingan gambar.​

1695454743060.png

Notepad pula akan ditambah dengan sokongan penyimpanan automatik bagi mengelak sesuatu perkara yang ditaip hilang tanpa sengaja. File Explorer turut diberikan nafas dan rekaan baharu, sementara Microsoft turut memudahkan proses pemindahan pelbagai data dan dokumen melalui perisian Windows Backup baharu. Beberapa ciri lain yang turut akan hadir pada kemaskini Windows 11 ini kelak adalah termasuk sokongan format RAR secara terbina tanpa perlukan perisian tambahan, kebolehan membaca teks daripada gambar yang dirakamkan oleh Snipping Tool, serta kemaskini pada Outlook dengan sokongan lebih banyak akaun emel.​

1695454770801.png

Bagi pengguna Windows 11 sedia ada, jangan lupa bersedia untuk kemaskini baharu sistem operasi Windows ini bermula 26 September 2023 kelak.​
 
Kemaskini Windows 11 Terbaru Terima Teknologi AI, Copilot

Pengguna Windows 11 mula menerima kemas kini terbaru iaitu Windows 11 2023 Update (version 23H2) yang mana kemas kini September ini mengandungi pelbagai inovasi terbaru seperti Copilot in Windows. Untuk lancarkan Copilot, tekan kekunci WIN + C atau lihat pada ikon Copilot di taskbar. Selain itu, kemas kini terbaru Windows ini juga meliputi kepada aplikasi lain seperti Paint, Snipping Tool & Notepad, fungsi baharu kepada aplikasi Photos, Windows Backup dan banyak lagi.

Paint_BackgroundRemoval1920-1024x640-1.jpg


Paint_Cocreator1920-1024x640-1.jpg

Ciri-ciri baharu Windows 11 menerusi kemas kini baharu ini akan diterima pengguna di seluruh dunia secara berperingkat. Peranti yang menyokong dan menjalankan Windows 11, versi 22H2, boleh menyemak kemas kini Windows terbaru ini menerusi Settings (Settings > Windows Update) dan buka ”Get the latest updates as soon as they’re available.”​
 
Dah Terlambat, Naik Taraf Ke Windows 10 & 11 Kini Tidak Lagi Percuma

Jika komputer anda masih menjalankan sistem operasi Windows 7 atau Windows 8 dan baru sekarang anda mahu menaik tarafnya kepada Windows 10, kini anda perlu membeli lesen baharu yang sah untuknya. Bermakna, anda tidak lagi boleh mengaktifkan Windows 11 dan 10 dengan kekunci (key) Windows terdahulu itu. Ini kerana, pihak Microsoft telah menutup salah satu kelemahan yang membenarkan pengguna versi Windows terdahulu menaik taraf secara bebas kepada Windows 10 dan Windows 11. Walau bagaimanapun, naik taraf dari Windows 10 ke Windows 11 adalah masih percuma sehingga kini.

"Tawaran naik taraf percuma Microsoft untuk Windows 10 / 11 berakhir pada 29 Julai 2016. Laluan pemasangan untuk mendapatkan peningkatan percuma Windows 7 / 8 kini telah dialih keluar juga. Naik taraf kepada Windows 11 daripada Windows 10 masih percuma." Microsoft.​

1696083156414.png

Sumber asal Microsoft, Windows Central
 
Kalau update ke windows 11, dia akan ganggu tak folder2 kita yg ada kat windows 10 tu?..Bimbang nk upgrade..
 
Back
Top
Log in Register