BTC USD 83,220.0 Gold USD 4,114.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Windows 11 Related Discussions - Perbincangan Windows 11

Android 13 Bakal Tiba Untuk Windows 11 Subsytem For Android

Windows 11 kini mempunyai sistem Android terus terbina melalui Windows Subsystem for Android (WSA). Buat masa ini pengguna di negara yang layak menggunakan ciri ini sudah pun dapat menikmati Android 12L untuk paparan skrin besar yang baik. Terkini melalui laman Github, Microsoft dilihat sudah bersedia dengan Android 13. Mereka sudah mula memasukkan kod-kod Android 13 kepada binaan WSA yang terkini. Berikut adalah apa yang ditawarkan dalam kemaskini WSA Android 13;​
  • WSA kini Android 13.​
  • Menyokong ciri mematikan WSA secara automatik.​
  • Prestasi memulakan WSA ditingkatkan sehingga 50%.​
  • Klik pada tetikus lebih baik.​
  • Penggunaan papan klik lebih stabil.​
  • Mengubah saiz tetingkap aplikasi semakin lancar.​
  • Menaiktaraf teknologi Intel bridge untuk Android 13.​
  • Lebih pantas, lancar dan baik membuka fail-fail media.​
  • dan banyak lagi.​
View attachment Windows-11-TikTok-Android-950x535.jpg.webp

Buat masa ini, hanya mereka di bawah Windows Subsystem for Android Preview sahaja dapat menguji WSA Android 13. Sistem Android pada Windows 11 ini menggunakan Amazon sebagai gudang aplikasi lalai dan bukannya Google Play Store. Jadi ia amat terhad dan tidak boleh digunakan di Malaysia secara rasmi.​
 
Pengguna Windows 11 v21H2 Automatik Di Kemaskini Kepada v22H2

Microsoft memaklumkan bahawa bermula dari 26 Januari 2023, komputer yang menjalankan sistem operasi Windows 11 versi 21H2 meliputi edisi Home dan Pro akan dikemas kini secara automatik kepada Windows 11, versi 22H2. Microsoft menyatakan pendekatan ini adalah bagi membantu pengguna kekal dilindungi dan produktif.

Menjelas lanjut, kemas kini automatik kepada Windows 11, versi 22H2 ini akan berlaku secara berperingkat bermula dengan komputer yang telah menggunakan versi 21H2 untuk tempoh masa yang paling lama. Walaubagaimanapun, kepada yang berminat untuk beralih ke Windows 11, versi 22H2 serta-merta, anda boleh melakukannya dengan membuka tetapan Kemas Kini Windows dan pilih Semak kemas kini.

Jika komputer anda sudah tersedia, anda akan melihat pilihan untuk Muat turun dan pasang tertera pada paparan.

Sumber asal Microsoft​
 
Snipping Tool Windows 11 Akan Menyokong Rakaman Skrin Tidak Lama Lagi

Rakaman skrin pada Windows 11 sukar untuk digunakan kerana ciri ini tidak disertakan secara lalai. Kecuali jika pengguna aktif bermain permainan video, ciri Xbox terbina boleh melakukannya. Pilihan lain adalah dengan menggunakan aplikasi pihak ketiga.

Terkini, pengguna Windows 11 Insider sudah boleh menguji Snipping Tool serba baharu yang mana menyokong fungsi rakaman skrin. Kaedah penggunaan yang sama untuk tangkapan layar, di mana pengguna hanya perlu buka Snipping Tool dan pilih sama ada ingin lakukan pilihan baharu, pilihan mod bentuk sama ada bentuk bebas, mengikut tetingkap atau skrin penuh serta menetapkan pemasa.

Ciri ini telah diacah sejak Disember tahun lalu dan hanya baru-baru ini diedarkan kepada pengguna yang menjalankan Windows 11 Insider Preview Build 11.2212.24.0. Tetapi masih tidak pasti bila ia akan diperkenalkan kepada pengguna stabil.
​
1675352800878.png
 
File Explorer Windows 11 Akan Menerima Kemaskini Antaramuka Sekali Lagi

Bulan April tahun lepas, Microsoft memperkenalkan rekaan File Explorer baharu dengan carian berkonteks serta ciri tab ntuk pengguna tidak lagi perlu membuka banyak tetingkap pada satu masa yang sama. Kemaskini ini membolehkan File Explorer digunakan untuk mencari fail dari perkhidmatan awanan dan tidak lagi terhad di dalam peranti pengguna sahaja. Ciri Tab yang pernah ditawarkan sejak versi pembangunan Windows 10 empat taun lalu turut dikembalikan, memudahkan pengguna melakukan pengurusan fail.

Terkini, Windows Central melaporkan File Explorer akan direka semula dengan rekaan baharu. Rekaan pengolokan yang diterima oleh sumber memperlihatkan rekaan lebih moden dari bar carian, kotak direktori, ikon “Home” baharu dan ikon fungsi seperti salin, tampal, folder baharu dipindahkan di bawah dengan bar tersendiri.

Laman utama kini mengintegrasikan Microsoft 365 yang mencadangkan fail untuk akses pantas pengguna, serta kemampuan mencari emel. Pada panel sisi dikemaskini dengan rekaan lebih kemas, dan akan datang bahagian galeri pada File Explorer turut membolehkan pengguna melihat gambar dengan hanya menggerakkan tetikus ke imej kenit.
​
1675354342587.png
 
Tetapan Mudah Untuk Tingkatkan Prestasi PC Pada Windows 11

Kecewa dengan prestasi PC yang semakin menurun? Berikut dikongsikan langkah mudah dan pantas untuk mengatasi masalah tersebut.

Pertama sekali klik pada menu Start > Settings.
​
1-3-1-768x359.jpg


Kemudian pada menu System, pilih menu About.

2-1-768x148.png


Seterusnya klik pada menu Advanced system settings.

3-3-768x185.png


Pada bahagian Performance, klik pada tombol Settings.

4-3.png


Akhir sekali tukarkan tetapan berikut pada "Adjust for best performance" disusuli dengan menekan tombol OK

5-2-768x331.png

Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsiankali ini, semoga bemanfaat ..​
 

Attachments

Windows 11 Kini Menyertakan Bing Di Kuasakan ChatGPT Terus Di Taskbar

Microsoft sedia memperkenalkan integrasi teknologi kecerdasan buatan pada enjin carian Bing, sekaligus membolehkan pengguna “bersembang” dengan Bing dalam mendapatkan jawapan atau apa yang dicari.

Perkara ini dijayakan melalui penggunaan teknologi yang dibangunkan oleh OpenAI, dan dipertontonkan kepada umum melalui penawaran ChatGPT. Tetapi, apa yang digunakan oleh Bing adalah versi terkini, dan menawarkan hasil jawapan dan maklumbalas yang lebih baik serta terkini berbanding ChatGPT, disamping turut menawarkan anotasi untuk setiap jawapan.

Selari dengan pengenalan Bing Chat sebelum ini, kini Microsoft turut mengumumkan kemaskini Windows 11 terbaru yang mengintegrasikan Bing Chat terus ke Taskbar di Windows 11. Dengan langkah ini, para pengguna boleh terus berinteraksi pada desktop Windows 11 dengan mudah, serta mendapatkan maklumbalas dengan pantas.

Ini juga dijangka akan membuatkan lebih ramai berinteraksi dengan Bing Chat, serta membawa kepada kaedah interaksi serba baharu, termasuk memudahkan tugasan harian. Microsoft menawarkan ciri baharu ini melalui kemaskini Windows 11 yang mula ditawarkan bermula hari ini.​



1677667731131.png
 
Cara Menghentikan Aplikasi Yang Di Jalankan Semasa PC Dihidupkan

Aplikasi yang dijalankan semasa PC sedang dihidupkan sedikit sebanyak akan menjadi faktor kenapa PC anda lambat untuk melakukan proses "Booting". Ini kerana anda perlu menunggu untuk setiap aplikasi tersebut selesai dijalankan sebelum anda boleh menggunakan PC tersebut.

Berikut kami kongsikan cara untuk menyahaktifkan setiap aplikasi yang telah ditetapkan untuk dilancarkan sejurus PC anda dihidupkan.

Pertama sekali klik pada menu Search.
​
2.png


Kemudian buat carian Startup-Apps.

1-768x337.jpg


Seterusnya pada paparan berikut anda akan lihat senarai aplikasi yang te;ah diaktifkan untuk dimulakan semasa proses "booting". Untuk mematikan aplikasi tersebut, klik sahaja pada tombol disebelahnya.

3-768x342.png


Maka tiada lagi aplikasi yang tidak diingini "mengganggu" storan RAM komputer anda

4.png

Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian kali ini, semoga bemanfaat ..​
 
Kemas Kini Baharu Windows 11 - Ada Bing Dengan AI, Snipping Tools Mampu Rakam Video

Dalam kemas kini utama Windows 11 yang baru saja dilepaskan, beberapa ciri baharu turut disertakan bersama. Menariknya, ia turut menyertakan fungsi kecerdasan buatan (AI) pada Bing seperti yang semakin hangat beberapa minggu ini.

Bing-in-Windows-NEW-1.png


Bing dengan fungsi kecerdasan buatan ini boleh diakses terus daripada taskbar untuk anda buat carian, tanya soalan dan penciptaan kandungan. Anda juga mungkin pernah lihat ciri Phone Link pada komputer riba namun tidak pernah menggunakannya. Kini, ia juga menyokong sambungan dengan iPhone.

Phone-Link-2.png


Sambungan dengan iOS ini bagaimanapun masih terhad pada Insider waktu ini. Bagi Android, memang ia sudah lama tersedia namun ada beberapa penambahbaikan untuk telefon jenama Samsung. Misalnya, pengguna telefon Samsung dapat mengaktifkan hotspot dengan satu klik pada komputer mereka. Selain itu, mereka juga dapat memindahkan sesi laman web daripada telefon PC dengan mudah melalui ciri Recent Websites. Selain itu, Snipping Tool juga kini boleh merakam video.

Studio-Effects-3.png


Windows Studio Effects dengan kecerdasan buatan pula dapat bantu penampilan anda dalam video. Aplikasi Notepad juga sudah menyokong tab. Jadi, anda boleh buka beberapa nota dalam satu tetingkap.

Notepad-Tabs-9.png


Banyak lagi perkara baharu yang lain turut tersedia termasuklah sokongan paparan braille dan sebagainya. Maklumat lebih terperinci berkenaan kemas kini utama ini boleh didapati di laman web Windows.​
 

Attachments

Kemas Kini Terbaru Windows 11 22H2 Menyebabkan Proses Salinan Fail Menjadi Lebih Lama

Pada 14 Mac 2023 lalu, Windows telah pun melepaskan kemas kini KB5023706 (OS Build 22621.1413) kepada pengguna Windows 11 versi 22H2. Microsoft menyatakan, kandungan kemas kini itu adalah bagi menangani isu keselamatan sistem operasi Windows tersebut.
​
Screenshot-2023-03-20-122420.png

Screenshot-2023-03-20-122504.png

Walaubagaimanapun pada masa yang sama, Microsoft juga memaklumkan pengguna mungkin akan berdepan isu prestasi melibatkan proses salinan fail. Microsoft menyatakan, apabila pengguna menyalin fail gigabait (GB) yang besar, mereka mungkin mengambil masa yang lebih lama daripada yang dijangkakan untuk diselesaikan pada Windows 11, versi 22H2. Namun begitu isu ini akan lebih cenderung dialami oleh mereka yang membuat salinan menerusi perkongsian rangkaian menerusi Server Message Block (SMB).

Sementara peranti Windows yang digunakan oleh pengguna di rumah mereka atau pejabat bersaiz kecil tidak mungkin terjejas dengan isu ini. Microsoft berkata mereka sedang mencari penyelesaian bagi menangani isu tersebut.​

Sumber asal Microsoft
 
Back
Top
Log in Register