BTC USD 80,516.0 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Window Vista

ye..dia just install je..then kalau tak minat uninstall je la..sebab dia replace..tapi ape2 pun backup la dulu system file..buat recovery point ape jadah ntah..sebab kalau tak salah aku dia ada usik registry la jugak..tapi so far aku guna takde masalah :)
 
skang site oversea tgh down so takleh tunjukla..dia ubah sistem jd macam apple punya..kira skali dah mcm apple dah dia bunya interface..tapi dia tak makan ram..same macam transformation pack..dia ubah file tu siap kira dia tindih file2 tertentula..kira tak perlu la pakai application lagi cam stylexp windowsblind and so on

yaa,itu lah yg aku maksudkan,
file dia tak besar...dlm 15mb gitu,
boleh jd alternatif utk vista ori yg makan space besar tu..
line problem...nak tunjuk susah.
kalo line ok...aku boleh send kot email jer...
free of charge.
 
PELANCARAN sistem operasi Microsoft Corp (Microsoft) terkininya menerusi Windows Vista (Vista) pasti dinanti-nantikan, apabila orang ramai ingin melihat sendiri keupayaan platform baru itu menandingi Windows XP.


Dari segi penampilannya, Vista jauh lebih bertenaga jika dibandingkan platform sistem operasi sebelumnya; apabila ia mengetengahkan paparan lebih menarik dan mesra pengguna.

Berdasarkan ciri terbaru yang diketengahkan menerusi Vista, ia mempunyai paparan lebih jelas dan lutsinar bagi memudahkan pengguna untuk melihat fail lain ditempatkan di belakang permukaan antara muka yang sedang dilayari.

Ini diibaratkan seperti mempunyai slaid mikroskop kaca dengan mempunyai sedikit persamaan seperti yang diketengahkan Apple dan diakui lebih cekap berbanding platform sistem operasi Windows XP.

Selain memiliki rekaan sistem operasi yang menarik dan lebih bertenaga, platform terbaru itu didapati mempunyai fungsi carian lebih cekap bagi melakukan aktiviti carian yang mudah.

Fungsi carian yang ditempatkan pada platform Vista itu tidak terhad kepada menu permulaan (Start) turut menyokong aktiviti carian lain seperti Windows Explorer.

Penggemar permainan komputer akan mendapati carian permainan yang disimpan menjadi lebih mudah apabila Vista menyediakan kemudahan memperkenalkan fail khas.

Sistem pengkadaran permainan yang dilengkapi pada platform itu memudahkan ibu bapa untuk menentukan permainan yang sesuai dimainkan mengikut perbezaan usia pengguna.

Lebih menarik lagi apabila platform terkini Microsoft itu mempunyai ciri bantu menguruskan fail muzik dan gambar yang lengkap menerusi binaan dalamannya.

Ia bukan saja memperlihatkan platform baru itu menawarkan keberkesanan penggunaan komputer malah paparan yang dibuka akan disusun lebih kemas serta teratur.

Bagaimanapun, antara muka menarik yang ditampilkan menerusi Vista akan menjadi kurang efektif sekiranya pengguna tidak mendalami penggunaan platform terkini itu dengan pendekatan yang berbeza, tidak seperti yang diketengahkan menerusi Windows XP sebelum ini.

Ia mudah dan lebih mesra pengguna jika dibandingkan platform sebelum itu yang diperkukuhkan dengan pengenalan konsep tiga dimensi (3D).

Di sebalik menawarkan tahap kecekapan penggunaan platform Vista yang bermutu tinggi, ia mempunyai sedikit rintangan apabila memerlukan penggunaan perkakasan lebih bertenaga bagi menampung platform yang memerlukan tahap penyampaian grafik dan memori bertenaga.

Reviu platform Vista itu dilakukan pada sistem operasi komputer notebook yang mempunyai prosesor dwi teras Intel T2050 , 1.6 gigahertz dan dua megabait (Mb).

Selain itu, komputer notebook terbabit mempunyai tahap keupayaan memori satu gigabait (Gb), cakera keras 80Gb dan Windows Vista RC.

Penilaian Berita Komputer
Prestasi: ****
Ciri: ****
Mesra pengguna: ****
Rekaan: ****
Keseluruhan: ****
 
nak pakai vista nih at least ram kena 1g... tuh pun juz ngam2 jer... paling best ram 2g... baru smooth... tapi aku cadangkan biar 6 bulan dulu... then baru lah kalau nak cuba pakai coz skrg nih diaowg masih test lagi.. check bug n bla..bla.. lagipun x bnyk software yg support vista platform...
 
nak pakai vista nih at least ram kena 1g... tuh pun juz ngam2 jer... paling best ram 2g... baru smooth... tapi aku cadangkan biar 6 bulan dulu... then baru lah kalau nak cuba pakai coz skrg nih diaowg masih test lagi.. check bug n bla..bla.. lagipun x bnyk software yg support vista platform...

betul tu....kalo nak cuba pakai vista kene tgu dulu dlm 6 bln....mmg byk program yang tak support vista lagi...suma masih dlm proses....
 
Betuil tuh. Terutama driver utk sound card ngan lain-lain. Certain software pon ada yg takleh install sbb tak recognize oleh benda baru. Aku rasa kalo nak pakai sangat tunggu 2-3 bln lagi baru stabil. Sama gak cam senario masa WindowXP masa first kuar dulu gak.
 
harap2 lepas tu okay....teringin gak nak pakai....
 
lame aku tak upgrade pc window aku. Nak gak try vista nih. mesti syook kan. Tapi mengenangkan pc window aku yg dah ketinggalan zaman nih tak jd ler aku nak mengupgrade pc window aku. astalavista.
 
Back
Top
Log in Register