Xploit Machine
CG Hardcore Club


- Messages
- 73,560
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,560
- Reaction score
- 7,740
- Points
- 916
WhatsApp kini sedang membangunkan ciri baharu yang membolehkan pengguna berkomunikasi dengan individu yang tidak mempunyai akaun aplikasi pemesejan itu. Menurut WABetaInfo, ciri yang dikenali sebagai "guest chats" ini membolehkan pengguna sementara menyertai perbualan tanpa perlu mendaftar atau memasang aplikasi itu. Untuk memulakan guest chats, pengguna WhatsApp perlu menjemput kenalan yang belum memasang aplikasi itu terlebih dahulu. Penerima akan menerima pautan khas (direct link) yang apabila dibuka, memberikan akses kepada sembang dengan pengguna WhatsApp yang menjana pautan itu. Pautan ini boleh dikongsi melalui pelbagai saluran seperti mesej teks, e-mel atau platform media sosial.
Sebagai contoh, ada negara yang lebih gemar menggunakan aplikasi pemesejan lain berbanding WhatsApp. Dalam situasi seperti ini, guest chats membolehkan komunikasi berlaku tanpa perlu memasang aplikasi tambahan atau memuat turun WhatsApp semata-mata untuk membalas mesej. Bagaimanapun, ciri ini mempunyai beberapa had berbanding sembang biasa. Ia tidak menyokong perkongsian fail media seperti gambar, video atau GIF, serta tidak membenarkan mesej suara mahupun panggilan. Semua mesej yang dihantar dalam "guest chats" akan dilindungi dengan penyulitan hujung ke hujung. Ciri ini turut dilihat sebagai langkah awal memperkenalkan WhatsApp kepada bukan pengguna, sekali gus berpotensi menarik lebih ramai untuk mendaftar aplikasi pemesejan itu. Setakat ini, guest chats masih dalam peringkat pembangunan. Maklumat lanjut dijangka akan diumumkan apabila ia sedia dilancarkan secara rasmi.
Sumber asal WABetaInfo