BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

What is caret

katyshah

Freshie
Messages
2
Joined
Feb 6, 2012
Messages
2
Reaction score
0
Points
3
Hello all,
What is the caret when buying the gold like 23 caret or 24 caret.Which caret is good in quality?
 
KARAT atau CARAT adalah unit ukuran untuk mengklasifikasikan ketulenan logam berharga seperti emas. 24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.
Perkataan karat diambil dari perkataan Greek iaitu kerátion ( κεράτιoν ) atau dari perkataan Arab qīrāṭ (قيراط) dan juga dari perkataan Itali carato, yang bermaksud Biji Kacang Carob, Pada waktu dulu sebelum timbangan gram, oz atau mana2 berat standard digunakan, Masyarakat dahulu kala menggunakan biji kacang carob (dikhabarkan setiap bijinya adalah sama walau dimana ia tumbuh) sebagai timbangan berat.

Mengikut persamaan;
1 karat = 24 X (berat emas yg terkandung dlm bahan)/(jumlah berat bahan)

Boleh juga ditulis seperti dibawah:

X = 24 (Mg/Mm)
Dimana,
X = Karat Emas (logam berharga)
Mg = berat emas tulen yg terkandung dalam bahan
Mm = jumlah berat bahan

Contoh,
Jika Emas beketulenan 91.6% = Mg/Mm
maka, Kadar karat Emas, X = 24 (0.916)
= 22K

Jika mengikut pengiraan standard, emas 24K adalah emas paling tulen dengan peratus ketulenan emas 99.99%, iaitu logam emas tanpa campuran logam lain. Oleh kerana sifat emas yang lembut dan mudah ditempa, ia biasanya dicampurkan dengan logam lain seperti Silver (perak) untuk menjadikan ia lebih keras dan dapat dibuat bentuk seperti cincin, rantai dan gelang dengan corak yang menarik Tahukah anda, 1gms emas dapat ditempa menghasilkan sekeping logam dengan panjang dan sisi 1 meter persegi.
Selain ukuran dalam unit Karat (carat), sistem Millesimal fineness juga pernah digunakan untuk mengukur ketulinan logam berharga seperti emas, platinum & perak. Dalam ukuran sistem ini biasanya tiga nombor bulat digunakan untuk mengklasifikasikan ketulinan emas. Contoh emas berketulenan 75.0% diklasifikasikan sebagai emas 750.
 
Last edited:
good info aku tak berapa faham pasal carat ni, sama juga ke penggiran untuk berlian.
 
Back
Top
Log in Register