BTC USD 84,913.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

WebHosting Terbaik Pilihan Saya

Webhosting terbaik pilihan saya ialah?


  • Total voters
    0
http://shinjiru.com/webHosting/dedicatedServers/advanced.html

compare ngan

http://rocksoft.com.my/dedicated.php

mana lagi mahal?
ko tak pernah whois ker company yang run business MLM or ingat lagi tak zaman dulu2x..abfund, profitswinger, winlifund, ntah apa lagi byk noh nama..semua tuh host kat mana?? tak pernah check?

aku nih tak ikut apa org ckp melainkan aku dah study dan dah guna servis tuh..

sapa jugak yang tukar dari AudiA4, 7series, 5series n mazda5?

dah tentu jadi towkey business hosting dan jugak hyip..

tepuk dada tanya selera..

lainlah kalau dah takder sgt bangsa melayu yang provide servis yg sama dgn harga yang murah dgn servis yang anytime boleh menandingi servis bukan melayu...

si razi n mie tuh boleh beat servis Terence from shinjiru anytime lah brother..

hurm...try baca sini : http://www.webmastermalaysia.com/paid-hosting-discussion-forum/7777-shinjiru-com-webhosting-2.html
whois web sndiri je..:p

huhu ko mmg pro bab ni..:D:Dx bole dinafikan lg slps bace keterangan ko tuh..:eek:ha3
 
mercumaya servis teruk.. mcm nak taknak berniaga jer . sory la erk tapi ni kenyataan.. aku sendiri pelangan mercumaya .. sekarang dah tamat aku nye hosting malas nak continue kt dia lgi...
 
mercumaya servis teruk.. mcm nak taknak berniaga jer . sory la erk tapi ni kenyataan.. aku sendiri pelangan mercumaya .. sekarang dah tamat aku nye hosting malas nak continue kt dia lgi...

Hang guna apa skang nih.. :D
 
mercumaya servis teruk.. mcm nak taknak berniaga jer . sory la erk tapi ni kenyataan.. aku sendiri pelangan mercumaya .. sekarang dah tamat aku nye hosting malas nak continue kt dia lgi...

jika anda masih tercari-cari hosting.. boleh melanggan dgn sy jika mahu.. tiada masalah :)
 
aku pakai hivehosting.net, semua bagus... tiptop
 
aku beli server sendiri park kt myloca ... :D.. susah da aku nak percaya hosting2 malaysia ni.. kebanyakkan lepas tangan ... aku harap ada nya tread mcm ni dapatla memberi aku keyakinan bahawa masih ramai lagi reseller2 yg benar2 memberi perkhidmatan yg terbaik... aku bukan ape .. beli hosting ni dah la utk company ... pastu bole plak leh ada problem kt bahagian hosting tu yg aku sakit hati tu ...
 
Akhirnya, saya telah pun membeli hosting....

Setelah melakukan ujikaji ke atas semua customer support penyedia hosting di atas :cool: Shinjiru Technology Sdn Bhd menjadi pilihan saya.

Yang tak terpilih tu kenapa? Adakah mereka tak bagus? Hampeh? Hancus? Jangan buat andaian melulu. Nantikan pendedahan hasil ujian & komen2 saya terhadap semua penyedia hosting ini. Kupasan eksklusif di blog saya. wah mcm berita tv3 plak.:D

Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua kawan2 yang sudi memberi pandangan berkaitan hosting. :)cgrock

p/s: Mod, jgn tutup thread ni ya :x
 
Shinjiru Webhosting

Saudara HAQ,

Saya rasa saudara sedang membuat perbandingan bagi semua info whois untuk domain domain HYIP/MLM dengan WHOIS Shinjiru tahun 2007 atau sebelumnya. Ketika itu, Shinjiru menggunakan khimat servis nama domain peribadi (private domain name) sebagai maklumat di WHOIS dan banyak pelanggan-pelanggan kami juga menggunakan nama domain peribadi di WHOIS. Sebab itu, WHOIS semua domain ini sama. Sebab kami semua menggunakan domain whois peribadi adalah supaya email dan alamat tidak dipapar di WHOIS. Justeru itu, maklumat tersebut tidak dapat digunakan oleh emel pemasaran untuk penspaman dan kegiatan-kegiatan pemasaran yang lain. Ini tidak bermakna semua laman web itu adalah kepunyaan Shinjiru. Ini tidak kira apakah jenis perniagaan domain-domain tersebut. Pelanggan-pelanggan kami yang menjual produk seperti fesyen pakaian, perkakas rumah, barang kesihatan dan pelanggan yang mengendalikan forum ataupun blog juga menggunakan khidmat service nama domain peribadi. Ia hanya bermakna semua domain menggunakan khidmat service domain peribadi. Jadi jika ada 10,000 nama domain yang menggunakan info di WHOIS, ini tidak bermakna semua 10,000 nama domain dipunyai oleh syarikat yang sama. Sekarang semua registrar mempunyai fungsi domain peribadi di WHOIS kerana mereka faham akan kehendak semua pengguna yang tidak mahu maklumat mereka didedahkan kepada semua. Adakah saudara HAQ akan menuduh registrar-registrar ini sebagai tuan punya laman-laman web tersebut ?


Kami terasa amat dukacita syarikat kami difitnah sedemikian oleh saudara HAQ dan kenyataan saudara HAQ tentang perbandingan service oleh bangsa Melayu dan bukan Melayu. Kenapa pula saudara HAQ nak berbilang kata mengenai perkara bangsa dan agama ? Bukankah kita semua rakyat Malaysia ? Perlukah kita memilih untuk memberi bisnes kerana bangsa atau agama dan bukannya kerana perkhidmatan yang terbaik ? Shinjiru adalah syarikat Malaysia meskipun Shinjiru mempunyai bahagian bumiputera untuk menaikkan mutu servis khidmat pelanggan-pelanggan bumiputera. Kami juga mempunyai laman web berbahasa melayu. Ini tidak bermakna kami berat sebelah. Kami hanya nak berikan servis yang terbaik untuk semua tidak kira bangsa dan agama. Hakikatnya ialah Shinjiru telah beroperasi selama 10 tahun ! Jika kami tidak menyediakan perniagaan yang cemerlang, perniagaan kami tentu sudah ditutup sejak dulu lagi.

Saudara Xplor,
Terima Kasih untuk memilih kami. Kalau ada apa-apa masalah, boleh PM saya atau MSN saya.

Thank you.

Shinjiru Webhosting
 
Back
Top
Log in Register