BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Web FAM kena GODAM!!!!

jahar79

Active Member
Messages
2,176
Paid Membership
Joined
Mar 22, 2007
Messages
2,176
Reaction score
31
Points
30
Protes harga tiket mahal: Laman web FAM digodam
28/10/2011 2:38am

Oleh ILLAH HAFIZ AZIZ

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Laman rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah digodam pihak tidak bertanggungjawab, awal pagi ini.

Laman web itu, www.fam.org.my difahamkan tidak lagi berfungsi seperti biasa, sebaliknya telah mempamerkan logo FAM yang diubah suai dengan meletakkan imej ‘khinzir’ dan turut dimasukkan rakaman dua rakaman video berbau provokasi.

Selain itu, laman web yang digodam dengan latar belakang warna merah itu turut menyelitkan satu artikel dari sebuah akhbar tempatan (bukan terbitan Utusan Malaysia) bertajuk ‘Harga tiket RM50 wajar’.

Kata-kata herdikan yang menggunakan bahasa kesat turut diselitkan pada laman yang digodam itu.

Provokasi terbaru ini difahamkan wujud akibat kenaikan harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini. – Utusan


http://www.fam.org.my/
 
KUALA LUMPUR 28 Okt. – Laman rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah digodam pihak bertanggungjawab, awal pagi ini.

wartawan tu patut ayat starting kene tulis macam ni....
 
aku suka dengan ayat dia

"Anda sentuh jiwa, kami hancurkan poket anda. Kami mampu buat lebih lagi daripada ini. Kami mahu ranking naik dan harga tiket turun, bukan ranking turun tapi harga tiket naik. Rakyat terseksa dengan ideologi rm 50 anda."
 
Kami mahu ranking naik dan harga tiket turun, bukan ranking turun tapi harga tiket naik.

Inilah stendet 1malaysia.. :))
 
siap ada shout box lagi tu...huhuhu
 
Back
Top
Log in Register