First half memang game Brazil sebab Belanda main lintang pukang. First gol brazil tak kira sebab offside. Perangkap offside kedua Belanda plak tak jadi, Robinho sumbat sebijik gol. Brazil nmpk yakin utk menang so Brazil main dengan cool je dan kurang agresif utk menyerang.
Masuk second half Belanda lebih banyak control game. Robben dan Kuyt jadi pengacau. Robben banyak dribble bola dari shoot. Corak permainan Belanda dah berubah. Brazil plak dah susah nak mark pemain Belanda. First gol Belanda ialah kesilapan defensive Brazil. Paling best gol sendiri memang la buat brazil down. Dapat satu gol semangat Belanda dah naik so permainan Belanda lebih teratur dan Brazil plak dah start gelabah. Gol kedua bukan kesilapan lagi memang strategi taktikal yg menjadi. Kita dpt lihat Kuyt bgtau sesuatu kpd Robben, sebelum dia masuk semula ke kotak penalti dan Snijder plak mmg intelligent membaca hantaran bola. Pada masa kedua, defense Belanda lebih kuat mungkin dah belajar dari kesilapan first half. Macam mana pun serangan Brazil masih boleh dipatahkan. Yang bezanya ialah second half defense brazil lemah dan permainan brazil yg biasanya cool dah jadi high tempered. Jarang sekali tgk team Brazil marah-marah. Belanda plak take advantage la kasi tekan Brazil lagi. Belanda pandai menyerap tekanan walaupun lolos dlm masa 10 minit je. Tahniah kepada coach Belanda van Marwijk kerana telah menukar strategi permainan pada second half. Kalo main macam biasa mungkin Brazil dah bleh baca dan memang tak bleh menang punye. Belanda main pakai kepala otak tu pasal dpt gol kedua, Brazil plak main pakai kepala lutut tu pasal Melo dapat kad merah dan kena sent off.
p/s: Melo patutnya tumbuk je muka Robben kalo tak puas hati sgt sebab kalo dia wat camtu at least dia kena kad merah dan buang padang tapi kalo dia pijak kaki Robben pastu patah plak silap-silap Melo kena bersara awal.