BTC USD 85,846.4 Gold USD 4,348.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT WC:Samba Brazil Fan

Brazil sekali lagi dikecewakan di peringkat suku akhir Piala Dunia selepas tewas penentuan penalti kepada Croatia.

 
Knoll sebelum ini tidak asing dengan beberapa 'troll' - selepas menyindir Jepun selepas Samurai Biru dibelasah Croatia 1-3.

 
Neymar menyifatkan kekalahan kepada Croatia pada aksi suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 sebagai amat menyakitkan dalam hidupnya.

 
Rodrygo kecewa dan hilang kata-kata selepas gagal menyempurnakan penalti, menyaksikan perjalanan mereka tersekat di kelompok lapan pasukan terbaik.

 
Ronaldo berkata, Neymar masih muda dan seharusnya kekal menjadi tonggak penting untuk Brazil beberapa tahun lagi.

 

Mourinho mungkin latih Brazil - Alberto​

10 Januari 2023 12:38pm

2051922.jpg


Mourinho disebut-sebut bakal mengisi kerusi panas sebagai jurulatih Brazil. - Foto Agensi


SPEKULASI Jose Mourinho untuk menjadi pengendali baharu Brazil semakin hangat diperkatakan.

Perkara itu dimaklumkan oleh bekas pemain antarabangsa Selecao, Carlos Alberto yang dikhabarkan akan turut bersama dalam pasukan Mourinho tersebut.

Alberto yang memenangi Liga Juara-Juara di bawah Mourinho di Porto memberitahu bahawa dia telah ditawarkan peluang untuk bekerja bersama pengendali kelahiran Portugal itu sebagai sebahagian daripada kakitangan kejurulatihan Brazil.

“Mungkin (Mourinho) akan dilantik sebagai jurulatih pasukan Brazil. Saya bercakap secara langsung. Ia adalah maklumat.

“Tidak kira dari mana maklumat itu datang, saya memberi anda maklumat. Ini kerana saya juga dijemput (sebagai jurulatih kedua),” katanya.

Brazil giat mencari ketua jurulatih baharu selepas Tite melepaskan jawatannya berikutan kekalahan mengecewakan Brazil kepada Croatia pada suku akhir Piala Dunia 2022 bulan lalu.

Mourinho adalah salah seorang daripada beberapa nama yang dilaporkan akan mengambil alih kerusi panas melatih Brazil.

Jurulatih berusia 59 tahun itu sebelum ini turut disebut-sebut berada dalam radar Portugal berikutan Fernando Santos meletak jawatan.

Bagaimanapun, Roberto Martinez telah dilantik mengendalikan Portugal.

 
Kecederaan hamstring itu menyaksikan Vinicius diketepikan bagi aksi kelayakan menentang Bolivia dan Peru pada 8 dan 12 September ini.

 
"Jika tidak ada masalah, kami akan menurunkannya bertemu Argentina." - Diniz

 
Back
Top
Log in Register