BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wayang Guan Eng

1305

Super Active Member
Messages
9,729
Joined
Sep 19, 2008
Messages
9,729
Reaction score
136
Points
73
Guan Eng mengecewakan

Oleh FAIROL REDZA ISMAEL ALABAS
[email protected]



Pengerusi Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, K. Sugumaran bercakap kepada pihak media sambil menyatakan kekecewaannya selepas perjumpaan singkat dengan Ketua Menteri di Komtar, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



PULAU PINANG 8 Julai – Penduduk Kampung Buah Pala hampa dan kecewa apabila pertemuan dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang ditunggu-tunggu sejak seminggu lalu gagal menyelesaikan masalah mereka.

Sekumpulan 20 penduduk kampung itu yang tiba di Komtar kira-kira pukul 10.30 pagi terkejut apabila dimaklumkan oleh wakil Guan Eng hanya lima orang dibenarkan naik ke tingkat 28 bangunan tersebut yang menempatkan pejabat ketua menteri.

Mereka hanya dibenarkan berbuat demikian seorang demi seorang manakala peguam yang mewakili penduduk kampung itu RSN Rayer yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer tidak dibenarkan turut serta.

Penetapan syarat-syarat itu menyebabkan suasana kecoh sehingga akhirnya hanya seorang penduduk sahaja yang naik ke pejabat Guan Eng.

Pengerusi Pertubuhan Penduduk-Penduduk Kampung Buah Pala, K. Sugumaran berkata, beliau hairan tindakan Setiausaha Agung DAP itu menetapkan syarat-syarat yang tidak masuk akal.

“Kami datang untuk mencari jalan penyelesaian masalah yang melanda tetapi nampaknya suasana hari ini tidak membawa ke arah itu.

“Kami ini hanya orang kampung, sudah tentu tidak pandai mengenai selok-belok perundangan. Sebab itulah kami mahu membawa bersama peguam kami. Kerajaan negeri pun ada peguam mereka sendiri,’’ katanya ketika ditemui pemberita di tingkat tiga bangunan Komtar di sini hari ini.

Semalam, Sugumaran berkata, penduduk Kampung Buah Pala gembira apabila diberitahu Ketua Menteri akhirnya sedia bertemu mereka hari ini setelah menolak berbuat demikian beberapa kali sejak lebih seminggu lalu.

Pertemuan yang sepatutnya menjernihkan keadaan bertukar menjadi keruh sekali gus membayangkan seperti ‘ada udang di sebalik batu’.

Sugumaran turut mempertikaikan tindakan Guan Eng yang meminta hanya lima orang wakil penduduk itu datang berjumpa dengannya seorang demi seorang.

“Saya pelik dengan ‘kaedah’ pertemuan ini. Kenapa perlu berjumpa seorang demi seorang.

“Ini mesti ada agenda lain dalam fikiran mereka. Mungkin hendak mengelirukan fikiran penduduk,’’ katanya.

Beliau berkata, kira-kira pukul 12.15 tengahari, hanya seorang sahaja naik ke pejabat Ketua Menteri itu.

“Dulu, ketika DAP jadi pembangkang di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN), penduduk Kampung Buah Pala hidup dengan tenang.

“Namun sebaliknya telah berlaku sebaik sahaja kerajaan baru ambil alih. Mereka baru saja mentadbir kerajaan setahun, lihatlah apa sudah jadi kepada kami,’’ ujarnya.

Sugumaran bersama ahli jawatankuasa penduduk yang lain dilihat pulang dalam keadaan hampa kira-kira pukul 12.40 tengahari ‘tanpa sempat berjabat tangan’ dengan Guan Eng.

apa lagi wayang si Guan Eng ni... 'mesra rakyat'tul....
agaknya opis dia kecik jer kot.. tu yang tak boleh masuk ramai-ramai... maklumlah... berjimat cermat...
 
Thursday July 9, 2009
Buah Pala villagers disappointed yet again


GEORGE TOWN: About 20 Kampung Buah Pala villagers were turned away from their planned meeting with Chief Minister Lim Guan Eng yesterday after they insisted on having their lawyers present.

Lim, instead, wanted a “heart-to-heart” talk with the villagers without the lawyers influencing them.

Speaking to reporters later, Lim said the state would invoke Section 116 of the National Land Code to prevent any demolition.

“Section 116 says the state’s written consent must be obtained before a building can be demolished. Although the developer is entitled to vacant possession of the land, we can argue that this does not include the buildings on it.

“We will direct the Land Office to refer the matter to the court for its judgment,” he said.

He added that it was unfortunate that the meeting with the villagers could not take place.

“We wanted to have a heart-to-heart talk with the home owners but they adopted a confrontational attitude. I just don’t want them to be manipulated by certain quarters,” he said.

Lim also said the state was trying to work out a RM200,000 compensation for the 23 families.

“Before I can approach the developer, I need to meet with the residents to see if they are agreeable. If they insist on staying on, they are taking a risk because we cannot afford to acquire the land for them,” he said.

Lim also denied association assistant secretary C. Tharmaraj’s claim that the land transaction was sealed when he was in control of the state government.

“In August 2004 and June 2005, the previous administration inked the deal to alienate the land to Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang Bhd. A letter dated Jan 9, 2006, clearly stated that once the final payment is made, the land title would be issued to the Koperasi.

“It has nothing to do with us. I didn’t sign anything with the developer,” Lim said.

When contacted, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd executive director Thomas Chan said Section 116 did not apply to the squatters and illegal structures.
ni versi the star.... tak ada sebut berapa org boleh masuk, tapi intinya sama... heart to heart la kononnya.. dan no lawyer discussion... huhuhuhu...
 
Kampung Buah Pala: PAS Pulau Pinang ingin bantu
Mohd Sabri Said
Mon | Jul 06, 09 | 11:04:36 am MYT
GELUGOR,6 Julai (Hrkh) - PAS Pulau Pinang menawar diri untuk menjadi orang tengah isu membabitkan masyarakat Kampung Buah Pala, Gelugor dengan Kerajaan Negeri demi memelihara perpaduan selari dengan dasar Kerajaan Pakatan Rakyat yang mengutamakan semangat kekeluargaan. Iklan



Petang semalam, rombongan PAS diketuai Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dr Mujahid Yusuf Rawa bersama Ketua Penerangan PAS Negeri, Zolkiply Ishak; Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohamed Yusuff Mohamed Noor dan Cikgu Asnah Hashim; bekas Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Negeri, Zolkiply Mohd Lazim; Timbalan YDP Bukit Glugor, Haji Ali Yusuf; Timbalan YDP Balik Pulau, Jamaludin Said; Setiausaha PAS Jelutong Nasir Ismail dan ramai lagi kepimpinan PAS peringkat kawasan dan cawangan sebelah pulau melawat ke kawasan tersebut.

Semasa dalam sidang media bersama Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi dan pimpinan Hindraf, Dr Mujahid menegaskan, kesediaan PAS bersesuaian dengan rakan dalam Pakatan Rakyat yang akan memastikan rakyat dibela bukannya ditindas.

"PAS sebuah parti yang mementingkan keadilan maka sesiapa yang tertindas kita akan bebaskan tidak kira ia Melayu, India mahupun Cina. Sebagai salah satu parti dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, PAS cuba cari jalan penyelesaian dengan menjadi orang tengah untuk memastikan semua pihak mendapat kejayaan, " ujarnya.

Ini bukan bermakna PAS menentang pembangunan sambungnya, tetapi untuk melihat rakyat dijagai terutamanya mereka yang berhak tambahan lagi kawasan ini boleh dijadikan tapak warisan memandangkan Georgetown telah diistiharkan sebagai 'Bandaraya Warisan'.

Penduduk ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, Perak menyifatkan masalah ini tidak sebesar mana jika Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bertindak masuk campur tangan dengan membeli tanah seluas 6.5 ekar kali persegi itu daripada pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd yang ingin membangunkan projek perumahan di kawasan berkenaan.

"Kedatangan PAS bukan mahu merumitkan keadaan atau mencari publisiti sebaliknya ingin merakamkan keresahan kerana bila projek pembangunan dilaksanakan di perkampungan yang berusia seratus tahun tidak mustahil berlaku pada perkampungan Melayu atau Cina yang mempunyai kelayakan diangkat sebagai kawasan warisan yang tidak boleh dimajukan sesuka hati, " katanya.

Seorang penduduk Kampung Buah Pala, Anmalai, 47, mahu kekal di situ kerana sudah sebati dengan penghidupan di sini.

Katanya, perpindahan ke kawasan lain menyukarkan masyarakat di sini yang sudah dianggap macam satu keluarga.

"Kerajaan boleh selamatkan perkampungan ini daripada diambil oleh syarikat swasta sebab jika dipindahkan kami rasa tidak sesuai dan sukar untuk meneruskan penghidupan baru, " tegasnya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, M. Sugumarin, 54, ketika ditanya menyifatkan langkah PAS untuk menjadi orang tengah merupakan satu perkembangan terbaru.

Tambahan lagi, Ketua Menteri daripada Kerajaan Pakatan Rakyat boleh membongkar kerja buat Kerajaan Barisan Nasional (BN) apabila menjual tanah dengan harga RM3.2 juta dengan penuh penipuan.

"Kami mendapat mandat tinggal di sini oleh David Braun iaitu pemilik tanah yang dikenali dengan 'High Chapparal' sejak lima generasi lalu. Tetapi, bila kerajaan BN melakukan penipuan kami cukup menderita kerana tidak tahu ke mana hendak dituju jika perkampungan ini dibangunkan untuk projek mewah, " terang beliau.

Sepatutnya, Ketua Menteri bukan memberi pampasan pada penduduk sebaliknya berikan pada pemaju yang mendakwa rugi sebab tidak dapat melaksanakan projek yang dirancang. Beliau sebagai ketua negeri boleh buat penyiasatan tentang status tanah yang menjadi milik kami bukannya dijadikan hak kerajaan sebagaimana yang diketahui umum. - mks. _
ni pulak dari harakah daily... tak der lapulak cerita pasal semalam... mungkin 2-3 hari lagi kuar la kot.... bertenang dulu....
 
Sesi pertemuan Guan Eng kecoh
Oleh Norakmah Mat Youb
[email protected]

SUGUMARAN (kanan) bertikam lidah dengan RSN Rayer (kiri) yang mendakwa Ketua Menteri hanya mahu menemui wakil penduduk tetapi peguam mereka tidak dibenarkan turut serta dalam perbincangan itu.



Kemarahan tercetus apabila Ketua Menteri hanya mahu jumpa wakil penduduk

GEORGETOWN: Sesi perjumpaan antara penduduk Kampung Buah Pala di sini dan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang dijadualkan semalam untuk berbincang isu penempatan itu bertukar menjadi kecoh apabila beliau sekali lagi enggan berjumpa mereka.

Ini kali kedua dalam tempoh seminggu, penduduk yang ingin berjumpa dengan Guan Eng, pulang hampa.

Kira-kira 20 penduduk berkumpul di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini pada jam 10.45 pagi untuk berjumpa dengan Guan Eng selepas mereka dimaklumkan Ketua Menteri sedia bersemuka jam 11 pagi.



Penduduk bersama peguam dan penasihat undang-undang, masing-masing Darshan Singh Khaira dan Damina Khaira berkumpul di Tingkat Tiga Komtar dengan harapan dapat menemui Guan Eng di pejabatnya di Tingkat 28.

Bagaimanapun, mereka dimaklumkan Ketua Menteri hanya mahu berjumpa dengan wakil penduduk, tanpa diiringi peguam atau penasihat undang-undang mereka, walhal ketika sama Guan Eng pula ditemani Pengerusi DAP, Karpal Singh; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, RSN Rayer dan peguam, Cecil Rajendra.

Karpal dan Rayer, masing-masing Ahli Parlimen dan Adun penduduk Kampung Buah Pala, manakala Rajendra pernah mewakili penduduk dalam isu itu ketika dibawa ke Mahkamah Tinggi.

Keengganan Guan Eng membenarkan peguam dan penasihat undang-undang penduduk menyertai pertemuan menimbulkan kemarahan penduduk sehingga mencetuskan kekecohan.

Keadaan semakin tidak terkawal apabila Rayer memaklumkan Guan Eng hanya mahu bersemuka dengan wakil penduduk seorang demi seorang, bukannya secara beramai-ramai seperti dijanjikan sebelum ini.

Bagaimanapun, kehadiran anggota polis dan petugas keselamatan Komtar berjaya mengawal keadaan dan tiada kejadian buruk berlaku dengan penduduk meninggalkan bangunan itu kira-kira jam 12.45 tengah hari.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Buah Pala, K Sugumaran, 54, berkata alasan diberikan Guan Eng hanya bersetuju bertemu penduduk tanpa peguam tidak boleh diterima.

Beliau yang kesal dengan kejadian itu, berkata penduduk sudah sepakat tidak mahu lagi menemui Ketua Menteri yang sebelum ini diharapkan dapat membantu mereka.

"Selama 30 tahun Barisan Nasional (BN) memerintah negeri ini, penduduk tinggal di tanah itu, tetapi Pakatan Rakyat baru memerintah 16 bulan, tanah kami sudah tergadai," katanya.

Sugumaran mendesak Guan Eng supaya mengunjungi Kampung Buah Pala untuk berbincang dan meninjau masalah penduduk.

Sementara itu, pada sidang medianya, Guan Eng kesal tidak dapat bertemu penduduk kampung seperti dijadualkan kerana mereka tidak bersetuju dengan syaratnya.
ni dari Berita Harian..... ummmm...... hebat sungguh Guan Eng ni....
 
dia nak halau sume bangsa lain kat penang tu.. nak biar ada cina je.. pastu tuntut kemerdekaan...
 
ha 2la dulu undi lg DAP..skrg DAP nk buang org india..
 
Koh Tsu Koon, BN punca isu Kampung Buah Pala
Mohd Sabri Said
Thu | Jul 09, 09 | 10:52:47 am MYT

PULAU PINANG, 9 Julai (Hrkh) - Barisan Nasional (BN) dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon merupakan punca sebenar konflik yang berlaku di Kampung Buah Pala, Gelugor ketika ini dan bukannya Kerajaan Pakatan Rakyat sepertimana yang gambarkan oleh media.
Iklan




Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam sidang medianya tengahari semalam menyifatkan, kenyataan Koh Tsu Koon yang menyalahkan Kerajaan Pakatan Rakyat kerana tidak memperdulikan keresahan penduduk di kampung terbabit adalah taktik terbaru bagi menutup kesilapannya menjual tanah tersebut pada sebuah syarikat swasta setelah hak milik tanah ditukar kepada Koperasi Pegawai Kerajaan sepenuhnya apabila baki premium dibayar pada 27 Mac 2008.

Jelas beliau lagi, sepatutnya Koh yang juga Ahli Parlimen dari negeri ini tambahan lagi pernah menjadi Ketua Menteri harus masuk campur dengan membawa usul ini ke kabinet agar penyelesaian dapat diatasi.

"BN, Koh Tsu Koon dan barisan exconya kena dipersalahkan dalam hal ini kerana tindakan mereka menyebabkan penduduk Kampung Buah Pala dalam dilema. Padahal peristiwa melaksanakan projek besar tidak timbul sekiranya kerajaan BN waktu itu bersikap mesra dan tidak menipu, " ujarnya.

Beliau juga mengesahkan Kerajaan Pakatan Rakyat tidak mampu menyelamatkan kedudukan kampung terbabit kerana ketandusan kewangan melainkan berharap Kerajaan Pusat menebus kembali dengan membayar pampasan kepada syarikat Nusmetro Venturues (P) Sdn Bhd kerana didakwa mengalami kerugian tidak menjalankan projek yang dirancang ekoran penduduk menghalang dengan membawa ke mahkamah.

Namun, pada awal Jun lalu setelah syarikat berkenaan berjaya mengemukakan penghujahan di Mahkamah penduduk masih tidak mahu keluar dari kawasan seluas 6.5 ekar berikutan hak mereka dinafikan menerusi jalan penipuan sedangkan mereka tinggal di situ melebihi 100 tahun.

"Sebagai kerajaan baru yang memerintah, kita tidak boleh buat apa-apa kerana Pejabat Tanah dan Galian Negeri telah memberikan hak milik tanah kerajaan kepada Koperasi Pegawai Kerajaan bertarikh 9 Januari menerusi rujukan mereka PTG/PMP/DTL/274 yang ditandatangani oleh Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang, Haji Arifin Awang, " terangnya.

Lim dalam kenyataan juga menyebut Kerajaan Negeri akan menggunakan Akta Kanun Tanah Seksyen 116 di mana sekyen 116 (1) (D) menyebut mana-mana tanah yang menjadi milik kerajaan apabila hendak dibangunkan mesti mendapat kebenaran secara bertulis sebelum pembangunan dibuat.

Beliau juga menafikan Kerajaan Negeri cuba lari daripada tanggungjawab sebaliknya Kerajaan Negeri sedaya upaya mencari jalan bagaimana untuk menyelamatkan kedudukan kampung itu daripada terus ditipu oleh BN.

Kerajaan Negeri juga berpendapat sekiranya mana-mana keluarga mahukan pampasan mereka harus bersabar kerana kerajaan sedang berusaha mendesak pemaju membayar pampasan sebanyak RM200 ribu kepada setiap keluarga.

Perkara itu sedang dibincangkan dengan semua pihak termasuk pemaju sehingga tarikh 2 Ogos akan datang dan selepas itu kerajaan akan mengkaji pampasan yang akan diberikan.

Menyentuh mengenai tuduhan seorang penduduk yang mengatakan jangan persalahkan Najib dalam hal ini sebaliknya menunding jari pada Kerajaan Pakatan Rakyat kononnya menandatangani perjanjian dengan pemaju pada 27 Mac 2008 iaitu selepas peralihan kuasa beliau berkata, Kerajaan Negeri tiada sebarang urusan dengan pemaju melainkan Kerajaan BN terdahulu bersama Koperasi Pegawai Kerajaan.

Ini bermakna Exco Kerajaan BN telah meluluskan dua kali tanah tersebut pada Koperasi iaitu pada 2004 dan 2006.

"Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekarang tidak pernah merestui peristiwa yang berlaku di Kampung Buah Pala tetapi apa boleh buat nasi sudah jadi bubur. Kerajaan BN patut bertanggungjawab dalam kes ini, " katanya penuh harap.

Turut hadir dalam kenyataan akhbar itu ialah Timbalan Ketua Menteri, Dr Mansor Othman dan Profesor Ramasamy serta Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh. - mks. _
 
Kalau nak 1000 daya kalau tak nak 1000 dalih. Dulu sebelum pilihanraya janji berdegar-degar. Sekarang dah berkuasa, janji tinggal janji la jawapnya. Kalau tak mampu nak selesai, jangan la berjanji. Sekarang dah berjanji, kenalah kotakan.

Kalau macam ni aku pun boleh janji. Mai pencacai PR undi sama aku, aku gerenti kasi semua orang jadi kaya. China, Melayu, India semua boleh kaya. Sorang-sorang aku kasi alaun RM1000 satu bulan. Tak payah kerja. Janji undi sama aku, nanti aku kasi bikin.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register