BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lim Guan Eng Terburu-buru Lantik BUCG Laksana Projek Terowong Dasar Laut - Pegawai Penyiasat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
b79f28732025d476d3c292de3d115b1668ee191fd1ade

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi sambung bicara kes berhubung projek terowong dasar laut yang dihadapi beliau.

Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini, keputusan Lim Guan Eng melantik syarikat Beijing Urban Construction Group (BUCG) bagi menjalankan projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong dasar laut di Pulau Pinang adalah terburu-buru dan mempunyai kepentingan peribadi.

Penguasa Kanan Bahagian Siasatan Cawangan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya Zulhilmi Ramli, 33, berkata tindakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu daripada awal menunjukkan beliau tidak telus untuk melaksanakan projek itu secara tender terbuka.

"Berdasarkan siasatan, perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan Pulau Pinang dengan syarikat berpangkalan di China, iaitu BUCG pada 17 Mac 2011 yang bertujuan menyelesaikan masalah trafik di Pulau Pinang itu sebagai direct award (secara terus) kepada syarikat terbabit untuk terlibat dalam projek tersebut.

"Dalam MoU itu jelas bukan suatu lesen untuk BUCG atau wakilnya terlibat di dalam penyediaan Request for Proposal. Saya mengambil kira kewujudan MoU ini dengan keterangan Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB) Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli ketika itu tentang janji Lim untuk memberikan projek tersebut kepada BUCG secara direct award.

“Dalam MoU itu juga tidak menyatakan projek terbabit akan dibuat secara open tender," katanya.

Saksi pendakwaan ke-38 itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes rasuah projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong dasar laut di Pulau Pinang membabitkan Lim.

Zulhilmi berkata siasatannya mendapati terdapat satu lagi MoU bertarikh 28 April 2011, yang mana Lim telah menandatangani MoU antara kerajaan negeri dengan BUCG berkaitan persetujuan untuk membangunkan cadangan bagi menyelesaikan masalah aliran trafik di Pulau Pinang.

"Kandungan MoU juga menyatakan syarikat BUCG dijemput untuk membuat kertas cadangan bagi kerja-kerja pembinaan jalan yang dianggarkan kos sebanyak RM10 bilion. Terdapat  gambar yang telah diambil ketika majlis tandatangan MoU ini berlangsung.

"Siasatan yang dijalankan menunjukkan MoU yang ditandatangani bersama pihak BUCG pada 28 April 2011 itu jelas bertentangan dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 27 April 2011 yang memutuskan projek akan dilaksanakan secara tender terbuka," kata Zulhilmi yang terlibat dalam siasatan kes itu pada 2020.

 
ikut sgt perangai terbulu bulu dia
 
Back
Top
Log in Register