afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,227
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,227
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Wawasan lulus pindaan perlembagaan parti
Perwakilan yang hadir ke Mesyuarat khas perwakilan Parti Wawasan Negara yang berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya pada Jumaat. (Gambar Facebook)
Setiausaha Agung Wawasan, Saifuddin Abdullah dalam satu hantaran di X berkata pindaan perlembagaan itu bertujuan untuk memperkasakan parti.
“Mesyuarat khas perwakilan Parti Wawasan Negara (Wawasan) pada Jumaat meluluskan pindaan perlembagaan untuk memperkasakan parti.
“Ia didasari falsafah perjuangan parti yang berasaskan nilai dan mantap,” katanya dalam hantaran itu.
Menurut hantaran itu, Perlembagaan Wawasan mengandungi 29 Fasal dengan falsafah perjuangan membina Malaysia yang lebih baik berteraskan gagasan Konsensus Nasional Baharu dengan tiga tonggak utama iaitu matlamat bersama, kemakmuran bersama dan tadbir urus berperikemanusiaan.
Ia juga menggariskan tonggak perjuangan parti termasuk membina masyarakat majmuk yang menghayati prinsip perlembagaan dan rukun negara; menjana kekuatan ekonomi dan daya saing negara dalam sistem ekonomi yang bebas dan terbuka; serta membentuk kerajaan dengan prinsip tadbir urus yang berperikemanusiaan.
Antara pindaan lain termasuklah nama parti iaitu Parti Wawasan Negara atau singkatannya Wawasan Negara dan alamat berdaftar iaitu di 15 Jalan Langgak Tunku, Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
Wawasan merupakan penjenamaan semula Parti Cinta Malaysia, selepas diambil alih oleh bekas timbalan presiden Bersatu, Hamzah Zainudin.
Pembentukan Wawasan ini menyusuli gerakan ‘Reset’, yang dilancarkan Hamzah selepas beliau dipecat Bersatu.
Wawasan merupakan parti komponen Perikatan Nasional.
