eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
BATU PAHAT: “Raya dah dekat, Wati (Datuk Sosilawati Lawiya, 47) tak balik ke tahun ni,” antara soalan yang sering diajukan ibu jutawan kosmetik yang hilang, Yatemi Abdul Rahman, 80, kepada anak-anaknya yang lain sejak beberapa hari lalu.
Malah, Yatemi ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seri Menanti, Seri Medan di sini, sering menangis setiap kali teringat dan menunggu kepulangan anaknya itu.
Menurutnya, walaupun sibuk Wati tidak pernah gagal menyambut Aidilfitri di rumahnya dan biasanya akan pulang beberapa hari sebelum hari raya.
“Biasanya dia akan pulang ke kampung beberapa hari sebelum Aidilfitri dan kami akan melakukan beberapa persediaan untuk menyambut hari raya.
“Selain itu, kami akan membersihkan pusara dan menziarah kubur sanak-saudara terdekat pada pagi raya.
“Saya dan keluarga terdekat tidak tahu apa berlaku, tetapi naluri ibu kuat mengatakan dia selamat dan berdoa supaya dia ditemui secepat mungkin,” katanya.
Menurutnya, walaupun sibuk dengan urusan perniagaan Wati tidak pernah melupakan dirinya dan sering membantu keluarga.
Sementara itu, adik ipar Sosilawati, Azizah Ahmad, 37, berkata, semua keluarga bersedih melihat keadaan ibu mentuanya yang sentiasa bergenang air mata mengenangkan nasib Sosilawati.
“Ibu mentua saya sudah berusia dan dia kini ingat-ingat lupa, namun sering menangis setiap kali teringatkan Sosilawati.
“Kami (keluarga di kampung) hanya tahu mengenai kehilangan Sosilawati apabila melihat berita dan membaca mengenainya di akhbar, baru-baru ini.
“Bagaimanapun, kami tidak mahu kecoh kerana tidak pasti kejadian sebenar kerana Sosilawati sibuk menjalankan urusan perniagaan,” katanya.