BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Waterdrops & Smart Kiosk Vending Machine-Awas!!!! Jangan Terpedaya

imagine if this happened to your relatives,your sister, brother, mother, father you name it...would you label them stupid ???..I bet you would...bcz u just did
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Saya new member kat sini terpanggil untuk mengingatkan korang semua untuk berhati hati dan tidak menjadi mangsa seperti saya dengan satu company ni Waterdrops Sdn Bhd yg menjual "vending machine" air dan prepaid yg kunonnya nak bantu bumiputra.Saya salah sorang mangsa yang pada asalnye nak cari duit sampingan dengan pelaburan ini tapi jadi bertambah sengsara sekarang.

Saya mintak korang baca keratan ahkbar nie lepas tu sebarkan kat semua utk selamatkan ramai lagi kekawan kita yg lain.Pagi tadi ade sorang lagi kawan kita dia tak tau pun mcm2 komplain pasal company nie,sekarang dia runsing nak teruskan atau tidak bisnes nie,yg dah bayar penuh (harga mesin RM30,000-RM43,000)tunggu berbulan nak dpt mesin,yg dah dpt mesin lagi mcm2 masalah.Ramai yg sedar mistake dia org hanya selepas dia org buat bayaran deposit RM9,000-RM10,000 lepas terbaca forum waterdrop kat yahoo group dan www.consumer.com.my.Tapi masa tu dah terlalu lewat pasal company nie takkan pulang deposit yg kita dah bayar.

Baca dulu keratan akhbar nie pasal operasi KPDHN bulan lepas dan forum/link dan sebarkan maklumat nie kat semua.


aku ade pergi kat Bangsar , dapat jemputan tapi namanya E_Payment Kiosk. Aku pergi briefing dia modus operandi lebih kurang sama. ramai gak yag pergi sebab dapat private invitation through phone. Lesen dier memang mahal lebih kurang RM40K +. Aku berat hati mamat cina yg pujuk aku memang power suroh aku swap braper yg ade siap orang buatkan aku kredit kad. Aku sain agreemnt tapi cuma benarkan dier swap Rm100 jer.. kalau tak hanguss ....huhuuu...
Bila baca forum nie teringat balik... nak tarik dirilahhh....
 
MELAKA: “Kami tiada pilihan lain, melainkan membawa perkara ini untuk perhatian kementerian terbabit selepas ini, jika tiada penyelesaian,” kata seorang doktor yang mendakwa kerugian lebih RM11,000 selepas mendakwa dirinya diperdaya melabur dengan membeli mesin kad tambah nilai telefon bimbit dan mesin penapis air daripada sebuah syarikat jualan langsung beroperasi di Jalan PJU, Bandar Damansara di Kuala Lumpur.

Beliau yang mahu dikenali sebagai ‘Dr Z’ mendakwa menyedari tertipu dengan janji manis pemilik syarikat terbabit selepas diminta membuat bayaran tambahan.

Katanya, ia berlainan daripada perjanjian dan penerangan asal ejen perunding dilantik syarikat itu ketika sesi pengenalan produk di pejabat mereka sebelum ini.

“Saya tertarik untuk melabur dalam pembelian mesin berkenaan selepas membaca dan meneliti iklan dalam surat khabar mengenai pulangan keuntungan menakjubkan dengan bayaran minimum.

“Saya menghubungi syarikat terbabit dan ejennya mempelawa mengikuti seminar di Bangsar, Kuala Lumpur pada 11 September 2007. Saya amat teruja untuk membeli mesin itu selepas dijanjikan mendapat keuntungan ribuan ringgit dalam sebulan,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Beliau berkata, selepas mendengar penerangan ejen perunding, beliau diarahkan menandatangani satu perjanjian dan membayar RM11,453.

“Saya membayar wang itu menggunakan cek dan selebihnya diskaun atau menunggu sehingga tiga bulan untuk mendapatkan penaja. Anggaran harga mesin berkenaan adalah lebih RM38,000.

“Namun, selepas tiga bulan menunggu, tiada apa-apa berita positif dan saya terus ke pejabat syarikat itu. Saya terkejut kerana mereka memberitahu saya perlu membayar baki RM20,000 lagi bagi mendapatkan mesin itu.

“Ia bertentangan perjanjian dan penerangan sebelum ini, menyebabkan saya enggan meneruskan pembelian itu selepas berbincang dengan keluarga,” katanya.

Menurut Dr Z, sebelum itu agen perunding syarikat itu mengarahkannya menunggu juruteknik mereka menghubunginya dan menerangkan mengenai pengendalian dan strategi meletakkan mesin itu di tempat strategik.

“Saya tidak puas hati dan rasa tertipu kerana syarikat itu gagal sediakan perkhidmatan seperti dijanjikan. Jadi, saya memohon supaya RM11,453 dipulangkan, namun wakil syarikat itu berkata, ia tidak boleh dikembalikan,” katanya.

Berikutan itu, beliau membuat laporan polis pada 17 Disember lalu dan memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Melaka.

Beliau mendakwa walaupun laporan polis dibuat, tiada tindakan diambil dan beliau mendapati syarikat terbabit masih beroperasi hingga kini, namun menggunakan pelbagai nama baru.

Manakala, Pengerusi Tribunal Tuntutan Pengguna Melaka memberitahu kes itu di luar bidang kuasanya kerana berkaitan perniagaan dan bukan masalah pengguna.

“Saya tidak mahu lebih ramai orang tertipu dengan tindakan licik syarikat terbait. Maklumat terbaru yang saya terima, syarikat terbabit mengumpul lebih RM2 juta sejak beroperasi.

“Sebelum ini sudah ada laporan di media cetak, namun syarikat terbabit masih berani menjalankan aktiviti mereka dengan lebih agresif termasuk menelefon terus pembeli berpotensi,” katanya.

Dr Z berkata, berikutan tiada cara lain untuk menyelesaikan masalah itu, beliau bersama 14 pembeli yang tertipu janji manis syarikat itu akan mengadakan sidang media khas di pusat beli-belah Carrefour Sri Petaling, jam 4 petang ini.
 
I think u should reserved the comment to urselves.I'm confuse about ur intention ni nak bagi nasihat ke or just trying to show how happy u are seeing other people being in this situation.Its good that u didnt join but that does not mean ur that smart coz if u are u wont be here putting this kinda comment in this thread.
helllo ma fellaz..
knapa aku nak kesian kt diaowg atas kesalahan yg diowang sndri nak?? diaowng ada kesian kt aku ke ada bg aku dwit wat blanja kew??bukan aku nak membangga dri ke apa tp can u olzzz think frm da positif side dunt juz blame people for wat we want in our life
correct or not???
if u dunt think bout wat u will get after u invest wat we call it as "money" u also will not join diz forum.....
wt do u think ma fellaz????????
 
helllo ma fellaz..
knapa aku nak kesian kt diaowg atas kesalahan yg diowang sndri nak?? diaowng ada kesian kt aku ke ada bg aku dwit wat blanja kew??bukan aku nak membangga dri ke apa tp can u olzzz think frm da positif side dunt juz blame people for wat we want in our life
correct or not???
if u dunt think bout wat u will get after u invest wat we call it as "money" u also will not join diz forum.....
wt do u think ma fellaz????????

First of all, I'm glad that u have tone down a bit.Ur Statement now does not sound as harsh as the one before.At least boleh juga kita berforum kat sini secara aman.As i mention before my best friend n my younger brother both also was dupe by this company.I was just lucky to have found this thread one day before i went to the company.If not i really cant say if i can see through their devilish Scheme.As i was leaving the office i can see a couple with a small child sitting at the lounge.There was nothing much i can do as they ushered me out since they failed to convince me to join them.The point is this thread have help other people to be more aware of this company n also help all the victim to stand up together as a group.So Montana, whats done is done.Feel free to express ur opinion but with respect to others..
 
Montana36,
You are really pathetic. You can laugh at the misery of others. Nobody is asking any help from you. You are the stupid guy who poke his finger in places you shold not be.

For all we know you are one of the staff trained by Waterdrops to con others. And you are in this forum just to mislead others.

If you are really a gentleamn why don't you come out and meet me somewhere? Or are you scared? or actually you just want to know what is really happening so that you can tell Waterdrops, etc., what we are planning.

To all that have met me, do not write anything trhat we have discussed through this forum. We will contact each other as promised through the list that we make .

LEAVE THIS PATHETIC, STUPID GUY TO BE HAPPY WITH HIS FALSE PRIDE. HE WILL BE HAPPY IF A PERSON DIES, GET SICK OR HAVE ANY OTHER MISFORTUNE. TO HIM, HE IS THE BEST AND FROM WHAT HE HAS WRITTEN, I CAN MAKE THIS CONCLUSION, HE DOES NOT HAVE MANY FRIENDS. THE PERSON WHO IS MARRIED TO HIM ALSO REGRETS HAVING HIM AS A HUSBAND

To my friends we get through with this.
 
mmg panas mende ni sampai berulang kali masuk paper.. tu pun dgn tidak mneyatakan nama company tersebut secara ternag-terangan.. but aku dah tau company sekilas memandang dia menjual apa.. citer Dr Z tu dah jadi pengajaran besar pada yg lain..
 
MR Roswan.. sorry saya agak ketinggalan sikit sbb dah lama tak online... Ada lagi tak perjumpaan yg akan dibuat..??? Kalau boleh saya pun nak join the group... email saya [email protected] .. thanks
 
bersabar aje la... mmg manusia ni ada bermcm jenis.. tp, kalau ye pun jgn la nak menyalak kat thread org...
 
Back
Top
Log in Register