BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Waspada skim pelaburan 'ESOS'

izack1981

Legendary Member
gem
Messages
10,374
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,374
Reaction score
61
Points
120
KUALA LUMPUR 12 Mac - Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dengan pihak tertentu yang menawarkan pelaburan dikenali sebagai ESOS - Employee Share Option Schemes membabitkan syarikat British American Tobacco (BAT).

Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman, Supritendan Rasdi Ramli berkata, sehingga kini, sebanyak 19 laporan diterima daripada mangsa di beberapa negeri yang melibatkan kerugian kira-kira RM6.4 juta.

Beliau berkata, modus operandi yang digunakan dalam penipuan itu ialah suspek menawarkan pembelian saham-saham dalam BAT dengan pulangan keuntungan tinggi sehingga 50 peratus.

"Urusniaga yang dijalankan oleh suspek ialah dengan menggunakan nama sebuah syarikat dan ada juga melalui orang tengah.

"Mereka yang tertipu terdiri daripada golongan profesional selain personaliti terkenal termasuk artis," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya meminta seorang wanita, Rohaniza Aladib, pemegang kad pengenalan bernombor 781220-14-5792 untuk tampil membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Katanya, alamat terakhir Rohaniza ialah di No. 12, Jalan RTU, 33/17A, Damansara Indah Resort Home, Kota Damansara, Petaling Jaya.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Rohaniza diminta tampil menghubungi Senior Asisten Komisioner II Mohd. Hazam Abdul Halim di talian 03-... atau 019....

"Selain itu, mereka boleh menghubungi Asisten Komisioner Latt Mazura Mansur di talian 03-... atau 019-6000803 dan Supritendan R. Rajagopal (03-26163863 atau 012-4853388)," katanya.

P/S: SCAM Lagi!!! :(scam:(scam:(scam
 
19 laporan diterima daripada mangsa di beberapa negeri yang melibatkan kerugian kira-kira RM6.4 juta.

perghh..banyak tuuuu...baru 19 org...kalau 190 org...kira la braper...
 
hahahahaha.. aku la salah seorangnya yang kena.. hahahahaha...

tapi ,mula2 dapat.. pastu habisss..... woooo...woooo..



...
 
habis la muda2 hidup dah tak tenang..kalau dah lari ke oversea tak leh cakap ape lar...
 
Rohaniza Aladib, pemegang kad pengenalan bernombor 781220-14-5792 untuk tampil membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ko ada kenal budak atas nie? Mungkin sedara mara korang?mampus le dia kali nie. makan tak abis!!!
 
salam.
aku dah dengar pasal kes ni. yang tertera dalam akhbar itu hanya kerugian yang dilaporkan. mengikut sumber-sumber yang sangat boleh dipercayai. kerugian sebenar ialah RM400juta!. perempuan tu ada kene mengena dengan kes amy search. ada juga 2-3 datuk2 yang terkena. in fact salah seorang datuk itu ada kene mengena ngan air asia [bukan tony fernandes, tapi rakan dia].

minah tu songlap duit lepas ada perbalahan antara geng mereka tentang pembayaran keuntungan sesama sendiri. lepas tu minah tu lari ke indonesia. langsung tak dapat kesan. minah ni ada banyak kes. tapi ntah mengapa bukti masih tak cukup untuk dakwa dia. masih tak kena tangkap polis

mengikut sumber itu. pendapatan yang dijanjikan adalah seperti berikut [terdapat beberapa level dalam pelaburan ini. makin kebawah kita makin skit yang kita dapat]

labur RM1000 dapat RM1350 dalam masa 60 hari dari tarikh yang ditentukan.
itu lah citernya.
 
Back
Top
Log in Register