abang mamak
Fun Poster
- Messages
- 726
- Joined
- May 6, 2010
- Messages
- 726
- Reaction score
- 11
- Points
- 15
KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan mengesan satu kesalahan membabitkan dua kereta import yang didaftarkan dengan nombor pendaftaran sama.
Difahamkan, semuanya bermula apabila seorang pemilik kereta Toyota Harrier terbabit dalam kemalangan jalan raya pada April tahun lalu dan kenderaan itu ditafsirkan pihak insurans sebagai rosak sepenuhnya.
Pemilik yang mendapat pampasan insurans kemudiannya memeriksa namanya pada geran kereta di JPJ negeri namun mendapati namanya masih menjadi pemilik kenderaan berkenaan.
Pengarahnya, Mohd Nadzri Osman berkata, bertindak atas aduan itu, pihaknya terus menyenaraihitamkan nombor pendaftaran berkenaan.
Katanya, setahun selepas itu, di Kuantan, Pahang, seorang lagi pemilik kenderaan jenis dan nombor pendaftaran sama datang ke JPJ negeri untuk memperbaharui cukai jalan.
Menurutnya, pemilik kenderaan itu tidak dapat memperbaharui cukai jalan dan kereta itu ditahan untuk siasatan.
“Geran kedua-dua kereta itu diteliti dan mendapati segala butiran yang tercatat pada geran itu sama namun nombor enjin yang berbeza.
“Setelah geran itu dihantar ke Jabatan Kimia dan Percetakan Keselamatan Nasional, ternyata geran kereta pemilik di Kuantan itu didapati palsu,” katanya pada sidang media di JPJ Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata, kereta itu kini tidak dibenar untuk dilesenkan dan pihaknya akan membuat tindakan susulan dengan merujuk perkara itu kepada Kastam Diraja Malaysia (KDRM).
Katanya, siasatan mendapati pemilik dari Kuantan itu membeli kereta terpakai pada harga yang murah berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM50,000.
“Saya nasihatkan orang ramai yang ingin membeli kereta import terpakai yang menawarkan harga murah, agar membuat pemeriksaan dulu dengan kami (JPJ) bagi mengelakkan mengalami kerugian,” katanya