BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

washington dilanda ribut salji

kamal_kampong

Legendary Member
gem
Messages
18,222
Joined
Apr 30, 2007
Messages
18,222
Reaction score
1,372
Points
201
salji-1.jpg

Beberapa pelajar dari Harpeth Middle School di Tennessee bermain salji semasa melawat bandar raya Washington, kelmarin. - REUTERS

WASHINGTON 26 Mac - Ribut salji yang melanda St. Louis, kini merebak ke Washington semalam, memaksa beratus-ratus penerbangan dibatalkan, selain penduduk berdepan dengan cuaca sejuk melampau.

Menurut laman web penerbangan FlightAware.com, sebanyak 536 penerbangan, terutamanya di New York, Philadelphia dan Washington terpaksa dibatalkan.

Hampir seminggu selepas ekuinoks musim bunga, salji tebal masih meliputi Amerika Syarikat (AS) dengan suhu dicatat di bawah paras beku.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan meramalkan antara 13 dan 20 sentimeter salji akan turun di Washington, Ohio, Pennsylvania dan New Jersey, manakala kawasan pergunungan di West Virginia dan Kentucky boleh menerima salji setebal 40 sentimeter.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran bekalan elektrik boleh terputus akibat salji tebal meliputi wayar dan tiang elektrik, selain keadaan lalu lintas yang berbahaya ekoran papan-papan tanda jalan terselindung akibat diselaputi salji.

Beberapa bahagian di Indiana dilaporkan mencatat salji setebal 23 sentimeter dan kawasan lain dijangka menerima salji setebal 18 sentimeter selepas ribut melanda.

Penglihatan terhad juga dijangka berlaku di beberapa negeri.

Salji tebal yang menyelubungi St. Louis menyebabkan satu perlumbaan kuda terpaksa dibatalkan buat pertama kali dalam tempoh 100 tahun ekoran trek basah dan licin.

Jalan-jalan raya di New York pula dijangka dipenuhi salji biarpun suhu dicatat melebihi paras beku. - AFP
 
padan ler adik saya kata anak dia cuti sekolah seminggu. ingat kan sesama cuti sekolah mcm kita kat sini.
 
masyaALLAH

subhanALLAH
 
Back
Top
Log in Register