BTC USD 63,425.3 Gold USD 4,334.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warung 70 sen jadi fenomena

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Dua beradik yang mengusahakan Warung 70 Sen, Mohd Faridz (kiri) dan kakaknya, Rajlina (empat,kanan) bersama rakan-rakan yang bekerja di kedai makan mereka.
PERANTAU DAMAI – Caj 70 sen yang dikenakan bagi beberapa jenis menu dan setiap penghantaran kepada pelanggan di Felda Keratong 8, 9 dan 10 akhirnya menjadi fenomena penduduk di kawasan berkenaan.

Siapa sangka dengan caj serendah itu, usaha dua beradik yang membuka sebuah warung di hadapan rumah ibu dan ayah mereka akhirnya membuahkan hasil apabila ia tidak henti-henti dikunjungi orang ramai.

Pengusaha, Mohd Faridz Mohd Jamal, 31, berkata, idea membuka warung itu dicadangkan kakaknya, Rajlina, 37, berdasarkan pengalamannya berniaga burger sejak 2006.

Menurutnya, konsep warung itu bukan bermotifkan keuntungan dengan meletakkan harga yang tinggi sebaliknya nilai untungnya kecil tetapi ramai pelanggan.

“Ada yang tanya kenapa pilih caj 70 sen. Sebenarnya angka 70 ini nombor rumah ayah yang sekarang lokasi warung ini.

"Selain caj penghantaran, kita tawarkan menu lain seperti nasi lemak biasa dibungkus dengan daun pisang, set roti bakar dan secawan air teh O, kopi O, sirap, Sunquick serta bandung suam dengan harga 70 sen,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mula berniaga pada tahun lalu, sambutan diberikan penduduk, terutama belia, warga emas dan pelajar begitu menggalakkan.

Malah menu utama warung mereka seperti martabak burger boleh mencecah purata jualan 300 biji sehari.

Mohd Faridz berkata, menu martabak burger istimewa yang menggunakan daging hancur turut menjadi tarikan.

Menurutnya, idea untuk menghasilkan menu itu timbul selepas seorang rakan membuat permintaan sedemikian.

"Saya buat ikut permintaannya. Dia nak daging dihancurkan dulu sebelum dijadikan burger. Dia puas hati dengan olahan itu.

"Dari situ timbul idea nak buat martabak burger ni dan ia patut dicuba sesiapa saja yang berkunjung ke sini," katanya.

Warung 70 sen beroperasi tujuh hari seminggu kecuali ditutup atas urusan tertentu.

Proses penghantaran pula bermula jam 5 petang hingga 12 malam.

Dalam pada itu, warung itu juga menjadi lokasi berkumpul sebuah organisasi terdiri daripada 70 belia yang diwujudkan bagi kerja khidmat masyarakat di kawasan gugusan Felda Perantau Damai.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/warung-70-sen-jadi-fenomena-1.542373
 
murtabak bege.wow bende baru ni.baru rase daging.ni kalu beli msti penuh dgn bawang je.sia2 aku mntak murtabak ayam @ daging psl bile mkn bwg je penuh
 
70 sen pun boleh buat untung tuu.. kreatif betul idea diorg ni buka kedai makan.. konsep tu yg penting..
 
murtabak bege.wow bende baru ni.baru rase daging.ni kalu beli msti penuh dgn bawang je.sia2 aku mntak murtabak ayam @ daging psl bile mkn bwg je penuh

betui

aku beli xleh beza mana ayam ka daging sbb rasa sama bawang teloq jer
 
betui

aku beli xleh beza mana ayam ka daging sbb rasa sama bawang teloq jer

tau xpe.lg satu roti john.aku rase mcm mkn roti salut inti telor je.xde rase daging pe2 lansung.auta je lebih ade inti ayam @ daging
 
Back
Top
Log in Register