BTC USD 84,304.0 Gold USD 4,274.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warmup Menjelang Ramadan..

ya betullll...poser Rejab dpt skit...harap Syaaban ni dpt jua...aminnnn

sedihnyr puase Rejab tahun ni tak dapat buat langsung...uwaaaaaaaaa......:((:((:((

aku insan yang sangat LALAI...............~X(~X(~X(~X(~X(~X(
 
tak sabar menunggu ketibaan bulan ramadhan :)
 
malam diumumkan besok puasa lepas maghrib ..buat solat sunat syukur dua rakaat..terimakasih kerana mempertemukan kita dgn ramadan tahun ini.

jgn pulak dok pi cari imam yg buat baca tarawih express mcm F1
 
malam diumumkan besok puasa lepas maghrib ..buat solat sunat syukur dua rakaat..terimakasih kerana mempertemukan kita dgn ramadan tahun ini.

jgn pulak dok pi cari imam yg buat baca tarawih express mcm F1

harap2 tahun ni dapat penuh tarawih berjemaah kat masjid.. :D
 
1000497206.jpg


WARM UP 1 : Rasulullah Banyakkan Puasa Syabaan

مَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ قَطُّ إِلَّا رَمَضَانَ، وَمَا رَأَيْتُهُ فِي شَهْرٍ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ

Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata:

"Aku tidak pernah melihat Rasulullah ﷺ berpuasa sebulan penuh selain di bulan Ramadan, dan aku tidak pernah melihat beliau berpuasa lebih banyak dalam satu bulan selain di bulan Sya’ban."

- HR. Bukhari & Muslim

Jangan sia-siakan bulan Istimewa Nanti. Andai ia Ramadhan terakhir kita.

#warmup
#indahnyaramadhan
#indahnyaislam
 
1000497207.jpg


WARM UP 2 : Perbaiki Keikhlasan Kita & Banyakkan Zikirullah

Siramilah hati kita dengan keikhlasan dan juga ketenangan zikrullah.

قال أبو بكر البلخي: "شهر رجب شهر الزرع، وشعبان شهر السقي، ورمضان شهر الحصاد
"Bulan Rajab adalah bulan menanam, bulan Sya’ban adalah bulan menyiram, dan bulan Ramadan adalah bulan menuai hasilnya."

- Kitab Latha’if Al-Ma’arif, hal. 258, Ibnu Rajab Al-Hanbali

Jangan sia-siakan bulan Istimewa Nanti. Andai ia Ramadhan terakhir kita.

#warmup
#indahnyaramadhan
#indahnyaislam
 
1000497178.jpg


WARM UP 3 : Biasakan 1 Juz sehari atau lebih banyak dari biasa

Adakah Ramadhan baru nak mula / speed up ?

Rasulullah bertilawah dengan Jibril ketika Ramadhan. Imam As syafie bertilawah dengan khatam sebanyak 60x.

وَكَانَ جِبْرِيلُ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ، فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ

"Dan Jibril menemui Nabi ﷺ setiap malam di bulan Ramadan, lalu beliau (Jibril) mempelajari dan mengulang-ulang bacaan Al-Qur’an bersama beliau (Rasulullah ﷺ)." - HR Bukhori, No.6

وقال الربيع: كان الشافعي يختم القرآن في شهر رمضان ستين ختمة

"Ar-Rabi’ berkata: ‘Dahulu Imam Asy-Syafi’i mengkhatamkan Al-Qur’an sebanyak 60 kali dalam bulan Ramadan.’" - Manaqib Asy-Syafi’i, Al-Baihaqi, 2/208


Jangan sia-siakan bulan Istimewa Nanti. Andai ia Ramadhan terakhir kita.

#warmup
#indahnyaramadhan
#indahnyaislam
 
1000497179.jpg


WARM UP 4 : Tinggalkan kebiasaan dosa-dosa kecil / besar

Mujahadahlah tinggalkan dosa sekarang. Jadikan syabaan menyuburkan iman untuk Ramadhan mengutip hasilnya.

"مثَلُ شهرِ رجبٍ كالرِّيحِ، ومثَلُ شهرِ شعبانَ كالسحابِ، ومثَلُ شهرِ رمضانَ كالمطرِ، فمن لم يزرعْ ويغرِسْ في رجبٍ، ولم يَسْقِ في شعبانَ، فكيف يُريدُ أن يَحصُدَ في رمضانَ”

"Perumpamaan bulan Rajab itu seperti angin (yang mulai menyebarkan benih), bulan Sya’ban seperti awan (yang membawa hujan), dan bulan Ramadan seperti hujan yang turun. Maka, barang siapa yang tidak menanam dan menabur benih di Rajab, serta tidak menyiraminya di Sya’ban, bagaimana dia ingin memanen hasilnya di Ramadan?"

- Kitab Latha’if Al-Ma’arif, hal. 258, Ibnu Rajab Al-Hanbali

Jangan sia-siakan bulan Istimewa Nanti. Andai ia Ramadhan terakhir kita.

#warmup
#indahnyaramadhan
#indahnyaislam
 
1000497182.jpg


WARM UP 5 : Maafkanlah orang lain & Baiki silatrurrahim sesama manusia

Apalah ada pada rekod dendam / marah lepas. Allah sukakan mereka yang memaafkan dan menyambung silaturrahim.

يَطَّلِعُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ، إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ

"Allah Azza wa Jalla melihat semua makhluk-Nya pada malam Nisfu Sya’ban, lalu Dia mengampuni semua makhluk-Nya kecuali orang musyrik dan orang yang bermusuhan (memutus silaturahim dan menyimpan dendam)."

- HR Ibn Majah, disahihkan Al-bani.

Jangan sia-siakan bulan Istimewa Nanti. Andai ia Ramadhan terakhir kita.

#warmup
#indahnyaramadhan
#indahnyaislam
 
Back
Top
Log in Register