eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
TAIPEI 7 Okt. - Sebuah rumah pembakaran mayat di Taiwan merancang untuk menggunakan gas ekzos daripada ketuharnya bagi menjana tenaga elektrik untuk sistem penyaman udara di dalam bangunan itu.
Rancangan tersebut bagaimanapun menimbulkan kecaman hebat daripada pengkritik yang menyifatkannya sebagai tidak sensitif terhadap perasaan waris yang masih berkabung.
Pejabat Perkhidmatan Rumah Mayat Taipei sudah membelanjakan NT$7.7 juta (RM840,000) bagi memasang teknologi yang mengitar semula gas ekzos daripada pembakaran mayat untuk menjana tenaga elektrik, kata timbalan pengarahnya, Yang Yi-lin hari ini.
Syarikat tersebut merancang untuk menggunakan tenaga elektrik yang dihasilkan bagi menjalankan sistem penyaman udara di kawasan rehat di tingkat dua bangunan berkenaan, tetapi beberapa pihak bimbang langkah itu tidak akan disenangi oleh ahli keluarga si mati.
"Adalah menyeramkan bahawa waris disejukkan oleh alat penyaman udara yang digerakkan dengan tenaga daripada mayat ahli keluarga mereka yang dibakar di tingkat bawah," kata ahli Majlis Dewan Bandaraya Taipei, Chuang Ruei-hsiung menurut laporan Central News Agency.
Rumah mayat itu tidak akan membatalkan projek tersebut tetapi mungkin menggunakan tenaga elektrik untuk kemudahan lain seperti sistem pencahayaan, kata Yi-lin.
"Kami mengitar semula gas ekzos untuk mengurangkan pencemaran udara dan melindungi alam sekitar. Namun kami juga akan mengambil kira perasaan waris," katanya.
Taiwan yang peka tentang alam sekitar meluluskan rang undang-undang tenaga boleh diperbaharui pada tahun ini di bawah rancangan untuk mengurangkan pengeluaran karbon dioksida ke paras tahun 2008 menjelang 2016 dan ke paras tahun 2000 menjelang 2025. - AFP