BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Waris dicari tuntut mayat

ajakio85

Active+ Member
Messages
2,868
Joined
Feb 1, 2008
Messages
2,868
Reaction score
183
Points
38
image.jpg

S Eswaran



GOMBAK - Mayat seorang lelaki yang maut dalam kemalangan jalan raya Oktober lalu masih berada di Hospital Selayang kerana belum dituntut waris dan keluarga.

Polis meminta waris kepada S Eswaran nombor kad pengenalan 82072-40-15261 tampil ke bahagian trafik Gombak atau menghubungi pegawai penyiasat trafik di talian 03-6126 2257 untuk tindakan lanjut.

Sumber polis berkata, dalam kejadian 30 Oktober lalu Eswaran maut dilanggar treler di Kilometer 28.4 Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur.

“Kemalangan melibatkan sebuah treler dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Pelabuhan Klang telah melanggar mangsa yang sedang melintas.

“Mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah bahagian kepala dan anggota badan lain,” katanya.

Identiti Eswaran dikenal pasti hasil cap jari dan tiada kad pengenalan ditemui bersamanya ketika hari kejadian.

“Eswaran berumur 34 tahun beralamat Jalan Bacang 24, Taman Kota Masai, 81100 Johor Bharu, Johor.

“Mohon waris ke Hospital Selayang atau berhubung dengan bahagian trafik,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register