BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga emas tertua dapat perhatian

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
KUALA LIPIS - Golongan warga emas antara insan yang mendapat penghargaan menerusi bantuan dan sumbangan pihak tertentu bersempena Hari Raya Aidilfitri dan program keramaian sepanjang tahun.

Bagi warga emas yang tertua di Kampung Gua, Mat Yassin Mat Ali, 92, merupakan insan dari golongan asnaf yang menjadi perhatian orang ramai untuk beramal jariah bersedekah wang dan barang makanan.

Mat Yassin yang masih sihat tanpa komplikasi sebarang penyakit melahirkan rasa syukur dan terharu dengan sikap prihatin masyarakat kampung berkenaan dan pemimpin setempat yang tidak mengabaikan golongan warga emas.

"Saya bersyukur kerana setiap kali Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri banyak sumbangan wang dan barang makanan yang diterima daripada orang ramai.

"Sikap ini menandakan masyarakat kita penyayang dan bertepatan dengan amalan Nabi Muhammad SAW yang memuliakan ibu bapa dan orang-orang tua," katanya di sini, kelmarin.
 
Back
Top
Log in Register