ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Mek Long Muda rugi kira-kira RM13,000 apabila rumahnya dimasuki pencuri ketika keluar ke rumah anaknya.
MARANG – Seorang warga emas yang tinggal di Kampung Tanjung, Jalan Lama Seberang Marang di sini, mengalami kerugian kira-kira RM13,000 apabila rumahnya dipecah masuk pencuri.
Ketika kejadian, mangsa, Sulong Yusof, 80-an berada di rumah anaknya di Kampung Darat Pak Chan.
Kejadian hanya disedari kira-kira jam 11.20 malam kelmarin, apabila pulang ke rumah itu bersama cucu, Fatimah Ghazali, 36, yang tinggal bersamanya dan bekerja sebagai pensyarah di Kuala Terengganu.
Sulong yang lebih dikenali sebagai Mek Long Muda mendapati semua lampu di dalam rumah terpasang, manakala pintu depan terdapat kesan dirosakkan.
“Makcik tutup semua lampu rumah sebelum keluar ke rumah anak di Kampung Darat Pak Chan,tetapi sebaik sahaja sampai, semua lampu sudah terpasang.
“Selepas diperiksa, makcik dapati keadaan bilik juga berselerak dan almari pakaian dibuka,” katanya di sini, semalam.
Warga emas terbabit kehilangan empat bentuk cincin, tiga utas gelang tangan termasuk salah satunya adalah gelang emas putih dan wang tunai berjumlah RM1,700.
"Barang milik cucu seperti telefon bimbit dan komputer riba juga didapati hilang.
"Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Marang kira-kira jam 12.15 tengah malam," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi Sinar Harian, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya memasang lampu apabila keluar rumah dan memaklumkan kepada jiran jika keluar dalam tempoh agak lama bagi mengelak kejadian seumpama itu berulang.