BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terperdaya Pelaburan Tidak Wujud

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terperdaya Pelaburan Tidak Wujud​

49d6fbcddf14069b9561e757fb185d7561264a51be936


Warga emas kerugian lebih RM200,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud diiklankan menerusi media sosial.

Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata lelaki berusia 65 tahun yang menjalankan perniagaan penapis air di Kuantan telah melihat tawaran pelaburan kripto melalui Facebook, sebelum menyertai satu kumpulan WhatsApp pada Julai lepas.

“Mangsa kemudiannya diberikan arahan untuk membuat pelaburan dan dijanjikan pulangan tinggi berdasarkan keuntungan dipaparkan melalui aplikasi Uphold,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa telah membuat sebanyak 53 transaksi melalui akaun Luno, Mxglobal dan Trust Wallet ke akaun pelaburan Uphold dengan jumlah keseluruhan RM218,239.24.

“Pada 20 Ogos 2026, akaun Uphold milik mangsa telah dibekukan dan mangsa diminta membayar sebanyak RM30,000 sebagai cukai bagi tujuan mengaktifkan akaun tersebut.

“Bagaimanapun, mangsa tidak menerima sebarang pulangan seperti yang dijanjikan dan gagal membuat pengeluaran wang,” katanya serta menambah kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Azry Akmar turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah terperdaya dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan tinggi dalam tempoh singkat, khususnya diterima melalui media sosial dan aplikasi pesanan.

“Selain itu, orang ramai disaran membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon melalui platform Semak Mule sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan. Mereka yang mengesyaki menjadi mangsa penipuan diminta segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 atau membuat laporan polis,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register