BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga emas maut dalam tandas

dyla shahri

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,918
Joined
Dec 2, 2009
Messages
22,918
Reaction score
1,040
Points
191
10416ekhwan1.transformed.jpg
PASUKAN perubatan cuba memberikan bantuan pernafasan kepada mangsa.

Shah Alam: Lelaki warga emas ditemui mati dalam tandas kediamannya di Kelab Golf Monterez, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, G S Veerappan, 72, dipercayai terjatuh dalam tandas berkenaan sebelum tidak sedarkan diri dan terkunci di dalamnya.

Difahamkan, ahli keluarga mangsa yang menyedari kejadian itu cuba membuka pintu tandas berkenaan namun gagal dan terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.56 petang sebelum mengejarkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik ke tempat kejadian.

"Sebaik tiba, anggota membuka pintu tandas berkenaan dan menemui mangsa terbaring di atas lantai dengan darah dari bahagian mulutnya.

"Pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian cuba memberikan bantuan pernafasan kepada mangsa namun dia disahkan meninggal dunia," katanya.
 
Back
Top
Log in Register