BTC USD 62,574.0 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga emas dipukul sehingga mati

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki warga emas dipukul sehingga mati dengan sebatang kayu oleh individu tidak dikenali ketika sedang menunggang motosikal, dalam satu kejadian di Jalan Kubang Badak, Kuala Nerus, malam kelmarin.

Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam ketika mangsa, 75, sedang menunggang motosikal bersendirian sebelum secara tiba-tiba diserang suspek.

“Difahamkan semasa tiba di lokasi kejadian iaitu berhadapan sebuah kedai cuci kereta, mangsa telah dipukul dengan kayu di bahagian kepalanya dan akibat pukulan kuat itu, mangsa tersungkur di atas jalan raya bersama motosikalnya.

“Melihatkan keadaan mangsa yang parah, suspek yang turut menunggang motosikal itu dipercayai terus melarikan diri menghala ke arah Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

“Kebetulan semasa kejadian, tiada kenderaan lalu lalang di lokasi dan suasana persekitaran di situ juga agak gelap, memandangkan hanya ada satu lampu jalan di situ,” katanya.

Idris berkata, kejadian tragis itu disaksikan dua pekerja kedai cuci kereta berkenaan yang secara kebetulan masih berada di kedai, sebelum bertindak memanggil majikannya dan seterusnya membawa mangsa ke Klinik Seberang Takir, bagi mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi mendapatkan rawatan susulan akibat keadaannya yang parah, namun disahkan meninggal dunia sejurus selepas itu,” katanya.

Hasil bedah siasat mendapati, mangsa meninggal dunia kerana kecederaan parah di kepala akibat hentakan yang kuat dengan objek keras.

Motif kejadian masih dalam siasatan dan usaha memburu suspek sedang giat dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan niat yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/warga-emas-dipukul-sehingga-mati-1.330219
 
Bahaya ada di mana-mana.
Dan orang gila pun macam2 pesen sekarang nih...
 
Back
Top
Log in Register