BTC USD 63,462.8 Gold USD 4,340.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga emas, cucu cedera disamun

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,282
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,282
Reaction score
1,665
Points
201
Warga emas, cucu cedera disamun
FB_IMG_1657241420056.jpg

Bentong: Lelaki warga emas dan cucunya cedera selepas disamun dua lelaki bersenjatakan parang di rumahnya di Taman Hijau, Karak, di sini.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada mangsa berusia 72 tahun mendakwa rumah dimasuki dua lelaki tidak dikenali pada 7.50 pagi semalam.

Katanya, berdasarkan rakaman percakapan mangsa, suspek dipercayai warga tempatan berusia lingkungan 20-an ke 30-an.

"Ketika kejadian, suspek memakai topi keledar tutup penuh dan menunggang motosikal Honda EX5.

"Mereka melarikan bangsa kemas iaitu rantai dan cincin emas milik isteri mangsa berusia 69 tahun.

"Suspek juga mencederakan mangsa selepas melibasnya dengan parang yang menyebabkan luka di leher sebelah kanan," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, cucu lelaki mangsa turut cedera iaitu bengkak di kepala kerana dihentak dengan belakang parang.

Katanya, usaha memburu suspek sedang giat dilakukan dengan siasatan turut merangkumi penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Video Media sosial

#HarianMetro
#infosemasa
 
Rumah tak berpagar ke ni
Mudah pula penyangak ni masuk
 
Nasib baik tak mati penyamun tu, kalau tak ke dalam pakcik ni
 
Back
Top
Log in Register