BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga emas cedera dilibas

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Mohyi menerima enam jahitan di telinga dan lima di kepala akibat dilibas kayu oleh perompak

image.jpg

Mohd Suhairi menunjukkan tingkap dapur yang dipecahkan perompak untuk masuk ke dalam rumah.


PONTIAN- Dua rumah di Kampung Melayu Raya, di sini, dipecah masuk tiga perompak yang menutup muka menggunakan kain batik dan bersenjatakan parang serta kayu dalam kejadian awal pagi, semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, seorang warga emas cedera di kepala dan telinga kirinya selepas dilibas dengan kayu oleh salah seorang perompak.

Mangsa, Mohyi Budir, 67, menerima enam jahitan di telinga dan lima di kepala ketika cuba bangun untuk menyelamatkan isterinya, Jawiyah Yaakob, 67, anak perempuan mereka, Rosma Shakira, 25, suaminya, Mohd Suhairi
Tujahab, dan dua cucu berusia setahun dan sebulan.

Mohyi berkata, ketika kejadian, dia sedang tidur di dalam bilik sebelum dikejutkan dengan kehadiran dua perompak.

“Pakcik terkejut melihat dua perompak menghulur parang dan kayu betul-betul di muka. Mereka mengarahkan pakcik senyap kerana ketika itu pakcik sangat bimbangkan keselamatan isteri, anak, dan cucu.

“Pakcik segera bangun untuk mendapatkan mereka, namun salah seorang perompak bertindak melibas kayu pada kepala dan telinga,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kesan libasan kayu itu, darah keluar dengan banyak menyebabkan perompak terbabit terpaksa membalut kepalanya menggunakan kain pelekat.

Bagi, Rosma Shakira yang sedang dalam pantang berkata, dia masih lagi trauma mengingatkan detik dia diminta memastikan anak kecil berusia sebulan tidak menangis.

Jelasnya, Tuhan saja yang tahu perasaannya ketika itu, bimbang jika Izzat Izuddin yang baru berusiasebulan menangis menyebabkan perompak itu marah dan bertindak agresif.

“Mujur bayi saya tidak menangis dan abangnya, Iffat Izuddin yangberusia setahun juga tidak meragam,” katanya.

Tambahnya, selepas setengah jam menggeledah kawasan rumah, perompak tersebut berjayamelarikan lima telefon, sebuah komputer riba, lima cincin dan seutas rantai emas serta wang tunai sebanyak RM1,000.

Sejam sebelum itu, kira-kira jam 3 pagi, perompak terbabit memecah masuk sebuah rumah di kampung sama yang melibatkan penghuninya kerugian tiga telefon dan sebuahkomputer riba.

Mangsa terlibat sudah membuat laporan di Balai Polis Pekan Nenas.

Sementara itu, polis ketika dihubungi Sinar Harian, enggan mengulas kejadian tersebut.
 
Back
Top
Log in Register