BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,341.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga asing wajar dapat manfaat Belanjawan 2019?

percumaforex

Super Active Member
Messages
7,543
Joined
Nov 12, 2012
Messages
7,543
Reaction score
84
Points
70
image.jpg


KUALA LUMPUR - Warga asing yang bekerja dalam pelbagai sektor sama ada profesional mahupun tidak di negara ini wajar mendapat manfaat dalam Belanjawan 2019 terutamanya melibatkan pas perjalanan pengangkutan awam.

Pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Agora Malaysia melalui kenyataan media berkata, ini kerana pekerja warga asing juga memberi sumbangan yang besar dalam pembangunan ekonomi negara.

“Apa yang dilakukan kerajaan melalui Belanjawan 2019 itu baik untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat di bandar tetapi kami kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke di mana pas perjalanan hanya untuk rakyat Malaysia.

“Apa yang diumumkan itu tidak termasuk dengan sebahagian besar warga asing yang memberi sumbangan penting terhadap ekonomi Malaysia,” kata kenyataan itu hari ini.

Pertubuhan itu juga mengingatkan, keputusan kerajaan dengan hanya memberikan pas perjalanan kepada rakyat Malaysia sahaja akan memberikan kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi melibatkan pekerja asing.

Mengulas lanjut pertubuhan itu berkata, seperti sedia maklum, ramai tenaga buruh warga asing memenuhi pelbagai permintaan industri di Malaysia di mana pendapatan yang mereka perolehi boleh dikategorikan sebagai rendah.

“Ramai yang bekerja di kilang-kilang, kedai, kawasan pembinaan, ladang dan restoran mamak. Kumpulan seperti ini adalah kumpulan yang berada dalam posisi gaji rendah yang kritikal.

“Jadi mereka boleh diberikan pas perjalanan sebagai penghargaan terhadap sumbangan mereka kepada Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, kenyataan pertubuhan itu juga mahu kerajaan mempertimbangkan untuk memberi pas perjalanan itu kepada warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia.

“Kebanyakan mereka juga terbeban dengan kos sara hidup terutamanya bagi menyara keluarga, memainkan peranan bagi memastikan keluarga bahagia dan menstabilkan sumber pendapatan keluarga,” katanya.

Anthony sebelum ini menjelaskan Penggunaan Pas Perjalanan Tanpa Had 30 hari yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 hanyalah untuk pemegang MyKad, MyTentera dan MyKid yang berusia tujuh hingga 12 tahun.

Pas Perjalanan Tanpa Had 30 hari berharga RM100 boleh digunakan di semua perkhidmatan rel Rapid termasuk Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), monorel serta BRT Sunway dan semua perkhidmatan bas kendalian Rapid di Lembah Klang.
 
tak suka byar pegi negara lain rakyat sini pun beratur nak bayar tol hari2
 
uish....yg nih aku speechless....gile ape mata wang malaysia nih rendah kot....expat gj cam haram tinggi...adoi
 
apa celaka punya cadangan NGO cinabeng ni.
kalau pekerja asing tu bergaji rendah memang tanggungjawab majikan dia lah sediakan kemudahan pengangkutan.

pekerja asing gaji rendah tempat tinggal, elektrik, air semua tak perlu bayar.

intelektual my s
 
chelaka....nampak permainan depa bila ramaikan rakyat depa kat dalam malaysia...mcm mcm depa nak claim...memang bangsa dedalu kat pokok lah....PARASIT!!!
 
Minta tolong terangkan kepada saya, kalau ada orang buat press conference, media memang wajib kena pegi ke? Dan lepas tu kena siarkan berita tu ke?

Sebab pada saya, kalau NGO atau orang-orang tertentu yang buat press statement mengarut, cadangan yang bukan-bukan, boleh tak kita diamkan? Buat bodoh je, jangan siarkan dalam berita atau mana-mana media. Dia nak bagi cadangan ke, pandangan ke, letak je dalam FB dia sendiri, tak payah kita war-warkan.

Berbalik kepada tajuk. Rakyat sendiri pun hidup lebih kurang, kenapa nak bela warga asing? Nanti keluar la kenyataan dari NGO lain pulak, kita kena pentingkan jugak anjing dan kucing yang terbiar, burung-burung yang berterbangan, semua nie kena masuk dalam Belanjawan.
 
Back
Top
Log in Register