myroadtax.com
CG Top Poster Club

- Messages
- 25,906
Paid Membership
- Joined
- Feb 12, 2014
- Messages
- 25,906
- Reaction score
- 585
- Points
- 161
Dua puluh lima tahun lalu, Susan, 50, datang ke Kuala Lumpur dari Filipina, demi mencari peluang pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik.
Malaysia ketika itu menikmati pertumbuhan ekonomi yang pesat, bersama negara "Harimau Ekonomi" Asia lain seperti Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan Thailand.
Benarlah kata pepatah, tuah manusia tidak siapa yang tahu. Rezeki Susan di luar jangkaan apabila beliau bertemu jodoh dengan seorang warga Malaysia dan membina keluarga di sini.
Hasil perkahwinan itu Susan dikurniakan 3 cahaya mata yang kini berusia dari 14 hingga 21 tahun.
Namun, panas hingga ke petang yang dinikmatinya hilang sekelip mata apabila suaminya meninggal dunia 10 tahun lalu dan Susan mula menjadi penyara tunggal keluarganya.
Beliau kini mencari duit tambahan dengan memberikan khidmat merias kuku tangan dan kaki, serta menggunting rambut pada hari Ahad, kepada pengunjung Gereja St John di Jalan Bukit Nanas, Kuala Lumpur.
Walaupun merahsiakan kerja sepenuh masanya, Susan yang enggan memberikan nama keluarganya kepada The Malaysian Insider tidak segan silu bercerita tentang kerja sambilannya itu.
Katanya, beliau percaya orang ramai merasai kesan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan lebih berkira-kira apabila berbelanja.
"Sekarang susah mahu dapat wang. Orang takut mahu belanja sebab GST. Saya ibu tunggal dan saya perlu terus hidup dan mencari rezeki," katanya yang khusyuk memotong rambut seorang lelaki tua berbangsa Tionghua sewaktu mula disapa The Malaysian Insider pada satu hujung minggu.
Susan berkata, beliau hanya mengenakan bayaran sekitar RM5 hingga RM7 bagi khidmat menggunting rambut. Khidmat merias kuku kaki dicaj RM20 sementara kuku tangan pula dikenakan caj RM15.
Namun, beliau menganggap dirinya bernasib baik jika mampu mendapat sekurang-kurangnya 2 orang pelanggan dalam sehari.
Malah, lelaki Tionghua yang sedang digunting rambutnya itu tidak dikenakan apa-apa bayaran kerana beliau melakukan kerja-kerja pembersihan secara sukarela di gereja itu dengan upah berdasarkan ihsan Susan dan rakan-rakannya.
"Kadang-kadang kami pun tak bayar 'uncle' atau kami bayar minggu depan bila betul-betul ada pelanggan," katanya yang datang dari Klang menawarkan khidmatnya di situ.
Ditanya tentang jumlah wang yang dihantar kepada keluarganya di Filipina, Susan berkata beliau kini hanya mengirim wang jika ada upacara tertentu seperti kematian saudara-mara atau kelahiran anggota keluarga baru di sana.
"Adalah kadang-kadang hantar sikit-sikitlah dalam RM300 macam itu," katanya yang fasih bertutur bahasa Melayu, Inggeris dan Tagalog.
Terletak berhampiran sebelah kiri pintu masuk gereja adalah gerai menjual nasi campur seorang lagi warga Filipina, Gina Ramos, 40.
Gina sudah menjual nasi campur di situ hampir 3 tahun di samping bekerja sebagai pembantu rumah pada hari Isnin sehingga Jumaat.
"Adik saya akan memasak makanan ini di rumahnya di Puchong dan dia kemudian akan menghantarnya kepada saya untuk dijual di sini," katanya apabila ditemui.
Menurut Gina, beliau kebiasaannya menghantar sekitar Php7,000 namun rutin bulanan itu lebih mencabar apabila mutakhir ini kadar tukaran ringgit kepada peso Filipina jatuh daripada Php14 berbanding RM1 kepada Php11 berbanding RM1 kini.
Perkara itu dipersetujui 2 orang sahabat warga Filipina yang turut mencari rezeki di sekitar Gereja St John pada hari Ahad.
Sharon Coneda, 47, dan rakannya Rose Serano, 38, kedua-duanya bekerja sebagai pembantu rumah dengan gaji bulanan sebanyak RM1,200.
Menurut Sharon, gajinya kekal di tahap itu sejak 16 tahun lalu tetapi beliau kini menghantar kira-kira RM800 sebulan, iaitu tambahan sebanyak RM200 berbanding sebelum ini ketika nilai mata wang masih tinggi.
Beliau yang berniaga barang kemas tiruan di kaki lima menuju ke gereja itu berkata, peningkatan jumlah itu perlu bagi memastikan keluarganya di Filipina kekal menerima sekitar Php8,500 sebulan.
"Untuk pendapatan seperti kami, gaji kerja sepenuh masa kami sahaja pastinya tidak mencukupi," katanya.
Pada Mac lalu, Duta Besar Filipina ke Malaysia Jose Eduardo Malaya III menggesa Putrajaya menyemak semula gaji minimum kepada warganegara mereka ekoran kemerosotan ringgit.
Menurutnya, pekerja perkhidmatan isi rumah (household service) sewajarnya dibayar RM1,400 sebulan berbanding gaji sekarang RM1,200 sebulan bagi memastikan kontrak kerja mereka dipatuhi.
Ini kerana, kontrak tersebut menetapkan gaji minimum mereka pada AS$400 sebulan.
Dalam Bajet 2016 yang dibentangkan di Dewan Rakyat Jumaat lalu, gaji minimum dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 untuk pekerja di Semenanjung, dan dari RM800 hingga RM920 untuk pekerja di Sabah dan Sarawak.
Kenaikan dalam gaji minimum itu bagaimanapun, tidak terpakai kepada pembantu rumah.
Menurut angka Kementerian Sumber Manusia, sebanyak 2.07 juta pekerja asing dengan pas lawatan kerja sementara berada di Malaysia setakat 31 Disember 2014. – 26 Oktober, 2015.
Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...-kejatuhan-nilai-ringgit#sthash.78ewlVgJ.dpuf