BTC USD 81,227.0 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga asing pandu bas awam

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Pemeriksaan ke atas pemandu bas dibuat SPAD berjaya membongkar kegiatan warga asing yang memandu dan bekerja sebagai konduktor.
< 1 / 1 >
KUALA LUMPUR - Tiga warga asing termasuk seorang warga Indonesia berusia dalam 30-an ditahan setelah didapati memandu bas dalam Ops Halang dilaksanakan secara bersepadu bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar ibu negara, semalam.

Turut ditahan ketika operasi di Lebuh Pasar Besar itu dua warga Nepal yang bekerja sebagai konduktor bas.

Ketiga-tiga mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen diri memaksa pihak jabatan imigresen menahan mereka untuk tindakan lanjut.

Malah ketika pemeriksaan pemandu bas berkenaan cuba melarikan diri namun gagal.

Penguasa Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Mohd Hisham Izhar berkata, Lebuh Pasar Besar salah satu dari enam lokasi tumpuan dalam operasi selama dua jam itu.

Menurutnya, lokasi lain meliputi Jalan Tun SH Lee, Jalan Tun Tan Siew Sin, Jalan Tun Tan Cheng Lock, hadapan KLCC dan Ampang Park.

“Sejumlah 109 tindakan kompaun diambil terhadap kenderaan yang didapati menimbulkan halangan yang menjadi penyumbang kepada kesesakan lalu lintas termasuk dua kereta yang ditunda.

“Ia meliputi 14 bas, 57 motosikal, 26 kereta dan 10 teksi dikenakan tindakan kompaun di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-kaedah lalu lintas Jalan 1959,” katanya pada sidang media selepas operasi berkenaan.

Operasi itu melibatkan 29 anggota penguatkuasa dari jabatan imigresen, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Penguatkuasaan DBKL dan Polis trafik.

Mohd Hisham menambah, operasi itu merupakan siri kesembilan sejak Januari lalu.

“Sebanyak 1,092 tindakan telah diambil dalam Ops Halang, sejak Januari hingga Mac.

“Tindakan akan dibuat secara berterusan dengan memberi tumpuan di kawasan pusat bandaraya,” katanya.

Untuk rekod, sejumlah 3,482 tindakan ke atas kenderaan diambil sepanjang tahun 2013 menerusi operasi seumpama itu dengan sokongan agensi-agensi berkaitan.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/warga-asing-pandu-bas-awam-1.268769
 
semua skang ni da dimnopoli orang luar. Jual eskrem motorsikal tu pun ada mat bangla bagai
 
terer la boleh ingat jalan KL..
 
dah jadi negara warga asing dah malaysia ni
 
Kerajaan tak serius langsung hal-hal begini, kasi sebat lar
 
lama2 ekonomi negara ini dikuasai warga asing lak kalau tak de tindakan tegas dari pihak kerajaan.
 
Kalau nk d bersih lama dh dorg kasi bersih. Soklan cepumas : knp dorg ada lg sini lepas berpuluh tahun kita merdeka?

Salah 1 dari 7 perkara ajaib dlm dunia
 
Undang undang ade...penguatkuasaan sekali sekala...biasanya bila dah ade kes baru pantau...
 
Back
Top
Log in Register