BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga asing monopoli Maju Jaya

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Hampir setiap laluan di Maju Jaya dimonopoli warga asing dari pelbagai negara.
< 1 / 3 >
PUCHONG – Bukan setakat puluhan atau ratusan, namun jumlah warga asing yang memonopoli kawasan perindustrian Maju Jaya, Taman Puchong Utama di sini dikatakan mencecah ribuan orang.

Setiap lorong rumah kedai serta kawasan kilang dipenuhi warga Bangladesh, Myanmar dan Nepal yang menjadikan kawasan itu sebagai tempat tinggal dan lubuk mereka mencari rezeki.

Warga tempatan hanya tinggal kira-kira 300 orang yang berani mendiami unit rumah kedai dibeli kerana tiada tempat lain untuk berpindah.

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail berkata, selang dua atau tiga tangga di setiap blok kawasan rumah kedai itu ada saja si penjual daun sirih malah majoriti pasar mini serta restoran disyaki dijalankan warga asing.

Setiap hari penduduk warga tempatan yang mendiami kawasan rumah kedai diselubungi kerisauan dan ketakutan, apatah lagi sebelum ini sekurang-kurangnya lima kes pembunuhan membabitkan warga asing pernah dilapor berlaku di Jalan Utama 2/1.

Ismail berkata, itu belum menyentuh isu kebersihan kerana warga asing langsung tidak mempedulikan hal tersebut dan lebih malang lagi sisa air kunyahan daun sirih diludah merata-rata di kawasan tangga menuju ke rumah mereka.

Paling meresahkan, kawasan itu juga dipercayai menjadi lubuk pelacuran warga asing wanita yang memberi khidmat persundalan kepada lelaki warga tempatan, rakan senegara dan berlainan negara tidak kira siang dan malam.

“Penduduk warga tempatan pula seolah-olah menumpang di sini, warga asing langsung tak boleh ditegur. Pernah berlaku pergaduhan, warga Myanmar ini membelasah penduduk tempatan sampai tersiat kulit dan terima beberapa jahitan di kepala,” katanya.

Katanya, pihak berkuasa pernah melakukan operasi membanteras pendatang asing di situ, namun tidak lama.

"Warga asing kembali menjadikan kawasan terbabit sebagai lubuk mereka," katanya.

Seorang lagi penduduk, Mia Aina berkata, dia kadangkala tidak tahan dengan perangai warga asing yang biadab namun tidak berani menegur kerana bimbang diapa-apakan.

Katanya, warga asing terbabit menikmati minuman keras dan membuang botol serta sampah merata-rata termasuk di padang permainan.

Tambah Mia, kadangkala pendatang asing itu membuat bising ketika mabuk dan pernah beberapa kali bergaduh sesama mereka.

“Anak-anak kami dah tak boleh main di taman permainan kerana dipenuhi orang asing saja. Bila petang boleh tengok mereka main bola dan melepak di situ,” katanya.

Seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Zam berkata, ramai warga Myanmar yang bekerja di restoran disyaki menggunakan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) palsu.

Katanya, pihak berkuasa perlu mengadakan intipan dan penguatkuasaan lebih kerap sekiranya tidak mahu kawasan itu terus menjadi tumpuan warga asing.

“Tolonglah, kami dah tak tahan tengok perangai warga asing yang pengotor dan kurang ajar setiap hari. Kepada siapa lagi kami nak mengadu selain pihak berkuasa,” katanya.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/warga-asing-monopoli-maju-jaya-1.381969
 
adanya bangla, nepal dalam sesuatu tempat tu

barulah dapat taraf maju....

nasib baik kg aku belum lagi....
 
dorg kecik2 suka main monopoli agaknya kan..kat mana2 dorg monopoli.
 
Pihak berkuasa kena bangkit dan bangun buat siasatan pasal kes ni... Rakyat tempatan bayar GST dan Income Tax lagi.... Jadi tolonglah buat kerja.... #:-S
 
Tambah sikit lagi...

Bayar lesen perniagaan... :">
 
apa lagi buat ler kerja, kasi bersih jgn tengok aje.
 
yg org melayu nk meniaga punyala susah.. elok halaujer bangsa asing ni.. lagi 10 thn kampung2 pun diaorg monopoli
 
Back
Top
Log in Register