BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Warga asing kaut untung mudah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Salah satu kedai warga asing yang beroperasi di sekitar kawasan ini.
< 1 / 2 >
SUNGAI BULOH - Lambakan kedai runcit di sekitar kawasan Kampung Baru Sungai Buloh yang dimonopoli warga asing menimbulkan rasa kurang senang penduduk tempatan di sini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, kebanyakan kedai runcit itu diusahakan oleh warga asing bagi mendapatkan keuntungan dengan cara mudah.

Salah seorang penduduk, Kumaran Devan Marimuthoo, 33, berkata, kedai yang diusahakan warga asing ini sering dikunjungi pelanggan dari negara mereka sendiri.

“Kedai warga tempatan juga dah kurang dapat sambutan kerana kebanyakan warga asing akan pergi ke kedai ini.

"Barang yang dijual mereka juga biasanya jauh lebih murah berbanding di kedai orang kita," katanya.

Menurut Kumaran, walaupun harga diletakkan murah, tetapi kualiti barangan diragui.

Dalam pada itu, Lin Ah Lin, 62, berkata, pertambahan kedai runcit yang diusahakan warga asing ini perlu diberikan perhatian kerana ia memberi impak negatif kepada penduduk setempat.

“Mereka berniaga guna lesen peniaga tempatan dan ia menyebabkan pihak berkuasa susah nak ambil tindakan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Keamanan Kampung (JKKK) Baru Sungai Buloh, Hoo Sook Wan berkata, pihaknya juga percaya ada segelintir peniaga tempatan yang menyewakan kedai mereka kepada warga asing dalam diam.

Menurut Sook Wan, tindakan perlu diambil ke atas golongan ini kerana makin lama mereka dilihat makin melampau.

“Ada peniaga tempatan yang cuba ambil kesempatan dengan menyewakan kedai antara RM2,000 hingga RM5,000 mengikut keluasan,” katanya.

Tambahnya, Jabatan Imigresen dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) perlu menjalankan operasi secara bersepadu bagi membolehkan tindakan diambil bagi menghalang pertambahan gerai di sini.

"Dah banyak aduan dibuat, tapi tak ada perubahan.

“Kita tahu ada peniaga tempatan ambil sewa dari warga asing, tapi kami sedang kumpul bukti bagi membolehkan tindakan diambil,” katanya.
 
kene taw sapa 'jaga' dorg ni... org kite jgk yg 'mkn' dorg ni.... :D
 
bukan nak kata apa ...orang tempatan jugak terlibat bagi orang2 asing ni meniaga ...nak untung mudah ..aku ada kenal sorang bro ni ... mula2 dia buka cafe ..pastu dia sub kat pekerja indonesia dia .. dia buka kat tempat lain lak.. pihak berkuasa patut tarik balik lesen peniaga2 macam ni ..
 
Malaysia kan bumi bertuah, lubuk rejeki warga asing..

pihak terbabit kenakan je denda yang paling maksimum, baru gang2 ni takut..
 
Tgk la kat Nilai..jual karpet tu..siap jd taukey..power la banggala skrg wei
 
ada taix depan mata still PBT x boleh beza itu coklat cadburi ke taix.. still nak siasat kene di makan ke kene di alih..
 
Back
Top
Log in Register